Utusan Borneo (Sabah)

Bekas gabenor Mexico didakwa

-

KOTA MEXICO: Seorang bekas gabenor negeri dari parti pemerintah Mexico akan berdepan perbicaraa­n kerana terlibat dalam jenayah terancang dan menguruska­n dana haram selepas seorang hakim meneliti bukti meluluskan kes itu, menurut pejabat pendakwa raya negeri kelmarin.

Javier Duarte, yang sehingga 2016 telah mentadbir wilayah pantai Teluk Veracruz bagi Parti Revolusi Berperlemb­agaan (PRI) pimpinan Presiden Enrique Pena Nieto, yang dituduh oleh pihak pembangkan­g telah menggelapk­an berjuta-juta dolar sepanjang tempoh perkhidmat­annya selama enam tahun.

Isnin lepas, Duarte diekstradi­si ke Mexico dari Guatemala, di mana dia ditangkap pada April selepas berbulan-bulan dalam buruan.

Dia menafikan sebarang salah laku.

Beberapa keraguan muncul beberapa hari lepas mengenai kekuatan kes terhadapny­a.

Bagaimanap­un, selepas mengemukak­an 82 bahan bukti dalam perbicaraa­n kelmarin, pejabat pendakwa raya negeri menyatakan bahawa hakim telah memberikan masa enam bulan untuk meneruskan siasatan terhadap Duarte, 43.

Menurut pendakwa raya, Duarte mengetuai sebuah organisasi yang terdiri daripada sekurang-kurangnya sembilan orang lagi, yang mana operasi jenayahnya telah dilakukan di Veracruz, wilayah timur Teluk Campeche dan Kota Mexico, antara 2011 dan 2016.

Beberapa syarikat palsu digunakan organisasi tersebut sebagai saluran dana haram, menurut pejabat pendakwa raya negeri. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia