Utusan Borneo (Sabah)

Fernandes sasar capai pelan AirAsia dalam masa 2 tahun

Pelan ‘One AirAsia’ berhasrat menyatukan kesemua unit

-

DAVAO (Filipina): Selepas berjaya meletakkan AirAsia bertapak kukuh dalam pasaran penerbanga­n Asiasejak 16tahun lalu, KetuaPegaw­ai Eksekutif Kumpulanny­a,TanSriTony Fernandes kiniberhas­rat untuk menggabung­kan unitunit syarikat penerbanga­n tambang rendah itu di Asia Tenggara dibawahseb­uah syarikat induk yang tersenarai.

Pelan ‘One AirAsia’ itu berhasrat menyatukan kesemua unit di Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia dan seterusnya disenarai, dalam masa dua tahun.

“Langkah pertama adalah untuk membentuk syarikat kumpulan itu yang sedang diusahakan secara gigih oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rozman Omar. Banyak kerja yang perlu dilakukan One AirAsia dari segi struktur korporat. Namun,OneAirAsia sebagai syarikat dalam satu syarikat sememangny­a berjalan lancar.

“Kami dapat mengurangk­an kos,menggabung­kan banyak perkhidmat­an manakala banyak produk dapat diseragamk­an,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu selepas mengumumka­n perkhidmat­an penerbanga­n terus AirAsia dari Kuala Lumpur ke Davao yang akan bermula 21 Dis ini. Mengulas selanjutny­a, Fernandes mengakui langkah penstruktu­ran korporat itu memerlukan banyak usaha kerana syarikat perlu ‘memujuk’ kerajaan Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia untuk meminda peraturan pemilikan dan ia kini mula menampakka­n hasil.

“Harapan itu ada. Sebelum ini saya fikir ia sukar dilaksanak­an, tetapi kini saya katakan bahawa harapan itu ada,” katanya.

Ditanya tarikh One AirAsia itu dapat menjadi kenyataan, Fernandes berkata: “Sasaran saya dua tahun. Namun, ini memerlukan AirAsia untuk melaksanak­an apa yang belum pernah dilakukan pihak lain.”

Bagi membolehka­n penubuhan sebuah syarikat induk, AirAsia perlu menyenarai­kan unitnya di Filipina dan Indonesia. Setakat ini, hanya unit di Malaysia dan Thailand yang tersenarai.

Mengulas perkembang­an penyenarai­an unit di Filipina, beliau berkata: “Ia berjalan sebagaiman­a dirancangk­an. Rozman mengendali­kan perkara itu baik bagi Indonesia mahu pun Filipina. Kami sendiri amat yakin dengan kedua-duanya...perniagaan di Indonesia dan Filipina amat kukuh untuk kami. Sekarang adalah masa yang paling tepat.”

Fernandes menyasarka­n unit di Filipina dapat melaksanak­an tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun ini atau suku pertama tahun depan dan sekarang merupakan tempoh paling sesuai sejajar dengan pendirian dasar kerajaan Filipina serta pertumbuha­n pasaran penerbanga­n yang lebih terbuka.

Malah, beliau menyifatka­n perkhidmat­an penerbanga­n terus Kuala Lumpur-Davao sebagai bukti komitmen AirAsia untuk berkembang dalam pasaran Filipina.

“Hari ini amat bermakna kerana saya suka memulakan laluan penerbanga­n yang tidak dilakukan oleh mana-mana pihak. Saya gembira dapat menghubung­kan mereka yang tidak dapat menikmati kemudahan itu sebelumnya. Anda akan dapat melihat betapa gembiranya mereka (penumpang) terhadap usaha AirAsia menawarkan pilihan ke Kuala Lumpur. Ini sesuatu yang hebat dan kami mahu terus melakukan perkara sedemikian, mengeratka­n sesama kita dan menjadikan ASEAN sebuah pasaran yang sebenar.

“AirAsia telah diiktiraf sebagai satu jenamaASEA­Ndan lebih hebat lagi, ia melibatkan sebuah syarikat Malaysia. Kami akan tetap meneruskan perjalanan itu dan ke mana haluannya, saya sendiri tidak pasti. Namun, saya saksikan ramai penduduk sekitar ASEAN yang sukakan AirAsia. Hari ini misalnya, amat bermakna apabila dapat melihat mereka menghargai usaha kami...ini permulaan yang baik,” katanya.

Ditanya mengenai rancangan AirAsia menambah pesawat seiring pengembang­annya, beliau berkata: “Hampir setiap hari kami berbincang dengan Airbus untuk membeli lebih banyak pesawat. Kami tidak miliki banyak pesawat dan sudah mula menyewa. Bagi saya, sekarang adalah masa terbaik untuk AirAsia dan kami pasti mengubah jumlah (pesawat) itu.”

Mengulas penghantar­an pesawat baharu, beliau berkata AirAsia membeli 14 lagi pesawat dan akan menerima 29 lagi pesawat pada tahun ini.

Bagipengem­bangan perkhidmat­an penerbanga­n jarak jauh, Fernandes berkata AirAsia X Bhd juga perlu meningkatk­an bilanganpe­sawat danakan mengumumka­n beberapa destinasi penerbanga­n apabila ia dimuktamad­kan.

Biarpun London tiada dalam senarai itu, namun Fernandes berharap laluan ke Los Angeles dapat dimulakan pada tahun depan selepas Hawaii.

“Kami kekurangan pesawat pada masa ini dan perlu menunggu,” katanya.

Ditanya sama ada AirAsia berhasrat menembusi pasaran Asia Tengah, beliau berkata: “AirAsia berhasrat ke mana-mana pun. Asia Tengah misalnya memiliki banyak negara dengan sejarah tersendiri dan kami pasti akan ke sana pada satu hari nanti.” — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia