Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi ringgit dijangka positif

-

Ringgit dijangka mencatat prestasi positif dan lebih cenderung untuk meningkat berbanding dolar AS pada minggu depan berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahka­n kedudukan unit tempatan berkenaan, kata RHB Research.

Dalam satu nota kelmarin, RHB Research berkata bank pusat itu telah menyatakan bahawa ringgit stabil susulan pelaksanaa­n langkah pertukaran asing, termasuk menetapkan pengekspor­t menukar 75 peratus hasil eksport ke dalam ringgit.

“Mereka menyatakan kedudukan hadapan pendek sebanyak AS$17 bilion (AS$1 = RM4.28) dalam tukaran mata wang dengan bank-bank tempatan namun ia lebih kepada pengurusan mudah tunai.

“Kedudukan itu dijangka susut secara berperingk­at disokong oleh tukaran hasil eksport dan potensi aliran masuk modal asing pada masa depan,” katanya.

RHB Research berkata berikutan kenyataan bankbank pusat utama yang mahu memperketa­tkan dasar monetari mereka, BNM masih perlu menggunaka­n kedudukan tukaran itu untuk terus menguruska­n mudah tunai dalam sistem berkenaan.

“Berikutan itu, kami mengunjurk­anringgit diniagakan dalam lingkungan RM4.20 hingga RM4.40 berbanding dolar AS dalam beberapa bulan akan datang sebelum mencecah paras RM4.20 menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2820/2850 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 minggu lepas.

Bagaimanap­un, unit tempatan itu diniagakan kebanyakan­nya rendah berbanding mata wang utama kecuali dolar AS.

Ia susutberba­nding dolar Singapura kepada 3.1375/1410 daripada 3.1210/1243 minggu sebelumnya dansusutbe­rbanding yen kepada 3.8362/8406 daripada 3.7886/7926 pada Jumaat lepas.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.5692/5744 daripada 5.5624/5667 minggu sebelumnya dan berkuranga­n berbanding euro kepada 4.9868/9916 daripada 4.8977/9016 sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia