Utusan Borneo (Sabah)

Harga MSM dijangka RM2,500-RM2,700 satu tan

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka turun natik minggu ini berikutan ketiadaan faktor-faktor pemakin atau positif, kata peniaga.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh berkata harga komoditi itu dijangka bergerak antara RM2,500 dan RM2,700 satu tan minggu depan berikutan jangkaan peningkata­n pengeluara­nnya dalam bulan-bulan akan datang.

“Pasaran berkemungk­inan bergerak turun naik dan memasuki tempoh pembetulan. Kami sudah lama membuat spekulasi mengenai aliran penurunan harga sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, harga itu itu juga akan menjejaki prestasi ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran hadapan MSM itu kebanyakan­nya didagangka­n rendah berikutan kebimbanga­n peningkata­n pengeluara­n bagi bulanbulan akan datang seiring dengan aliran bermusim.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Ogos 2017 susut RM25 kepada RM2,612 satu tan, September 2017 naik RM16 kepada RM2,584 satu tan, Oktober 2017 menokok RM22 kepada RM2,573 satu tan manakala November 2017 menambah RM21 kepada RM2,572 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 171,148 lot daripada 217,042 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 249,164 kontrak daripada 269,397 kontrak, sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Julai Selatan susut sebanyak RM18 kepada RM2,620 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia