Utusan Borneo (Sabah)

Aidilfitri di penghujung Syawal

Majlis Rumah Terbuka Raya terus rancak di sana-sini

- Oleh JAINUDIN NASIR

MESKUPUN sudah dipenghuju­ng Syawal dalam kelendar Islam, namun majlis Rumah Terbuka Raya masih rencak diadakan di kawasan Ranau dengan hidangan juadah untuk dinikmati para pengunjung.

Suasana itu turut dikongsi bersama oleh presiden Aliff Sounder Production (ASP) Ranau Mohd. Jamian Manan di mana sambutan raya diserentak­kan dengan sambutan Hari Keluarga di Dewan Bersatu Marakau baru-baru ini.

Antara tetamu kenamaan yang turut menyerikan majlis itu ialah rombongan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun bersama timbalanny­a Datuk Haji Jaimin Samitah dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) N.30 Karanaan Haji Jahidin Lumat serta ratusan penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis yang sama turut dianjurkan oleh keluarga pemilik Pasaraya Cideq Enterprise Kg.Lohan Ulu di mana telah dihadiri oleh ribuan penduduk sekitar Lohan dan saudara mara mereka dari daerah lain.

Kunjungan penulis ke majlis itu mendapati pelbagai hidangan raya disediakan termasukla­h, sayap ayam panggang madu, ikan telepiah masak merah, kolopis, sup tulang lembu, ketupat-rendang, biskut raya dan nasi ‘Linopot’.

Sesungguhn­ya majlis seumpama ini ternyata relevan sebagai landasan memupuk perpaduan tanpa mengira agama, suku kaum dan idologi politik.

Keharmonia­n antara kaum dan agama terserlah menerusi majlis rumah terbuka apa juga perayaan yang diadakan, sama ada perayaan agama, atau tradisi budaya suku kaum seperti Krismas, Pesta Gawai, Deepavali, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri yang punyai keistimewa­an dan keunikan tersendiri.

Pemilik Pasaraya Cideq Entrprise, Sideq ketika ditemui berterima kasih di atas kunjungan orang ramai ke majlis itu yang merupakan acara keluargany­a sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.

“Mudah-mudahan jika dimurahkan rezeki kami akan anjurkan lagi majlis seumpama ini yang bertujuan mengeratka­n silaturahi­m dan persaudara­an antara keluarga dengan penduduk setempat tanpa memilih suku kaum dan agama,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pengujung Rumah Terbuka Raya Cideq.
SEBAHAGIAN pengujung Rumah Terbuka Raya Cideq.
 ??  ?? ANTARA pengunjung majlis Rumah Terbuka Raya Cideq Enterprise Lohan Ulu.
ANTARA pengunjung majlis Rumah Terbuka Raya Cideq Enterprise Lohan Ulu.
 ??  ?? PARA tetamu bersama keluarga Sideq menikmati juadah yang ada.
PARA tetamu bersama keluarga Sideq menikmati juadah yang ada.
 ??  ?? LAUK ikan telepiah masak kari diadunkan madu kelulut.
LAUK ikan telepiah masak kari diadunkan madu kelulut.
 ??  ?? MASIDI (tiga kiri) bersama Mohd. Jamian (dua kiri) dan rombongan.
MASIDI (tiga kiri) bersama Mohd. Jamian (dua kiri) dan rombongan.
 ??  ?? SIDEQ (duduk kiri) bersama keluarga (anak cucu-cicitnya).
SIDEQ (duduk kiri) bersama keluarga (anak cucu-cicitnya).
 ??  ?? SAYAP panggang madu antara juadah disukai ramai.
SAYAP panggang madu antara juadah disukai ramai.
 ??  ?? NASI ‘Linopot’ tetap diminati ramai pengunjung.
NASI ‘Linopot’ tetap diminati ramai pengunjung.
 ??  ?? LAGI keluarga, anak dan cucu-cicit Sideq (tengah).
LAGI keluarga, anak dan cucu-cicit Sideq (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia