Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka Aidilfitri Kosan meriah

- Oleh SALMAN ABADI

sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Pusat Perusahaan Kasut Kosan Papar baru-baru ini berlangsun­g dalam suasana meriah dan muhibah.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan yang terdiri daripada para Ahli Lembaga Pengarah, kakitangan dari Wisma Kosan Likas dan kakitangan Perusahaan Pakaian Kosan Tuaran serta semua kakitangan dan pekerja Kosan Perusahaan Kasut di Papar.

Acara dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh Iman Haji Yayah Kolo dan kata-kata aluan daripada Pengurus Kosan Papar Haji Wan Shah Rahman Awang Damit.

Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan khasnya, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kosan, kakitangan dan pekerja Kosan pakaian Tuaran serta para jemputan.

Katanya sambutan Aidilfitri itu diadakan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahi­m dan keakraban antara para pekerja dan juga pihak pengurusan atasan, sambil bermaaf-maafan serta menikmati pelbagai juadah yang disediakan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan semoga dapat bersua lagi pada sambutan Aidilfitri tahun depan.

Perasmian sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri itu disempurna­kan oleh Timbalan Pengerusi Kosan Haji Norzain Haji Tawi.

Turut didakan pada majlis itu ialah penyerahan sijil penghargaa­n dan pembayaran graduiti kepada kakitangan Kosan yang telah bersara.

Lebih 100 orang warga Kosan menghadiri majlis itu.

 ??  ?? NORZAIN (kanan)menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang kakitangan Kosan yang bakal bersara.
NORZAIN (kanan)menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang kakitangan Kosan yang bakal bersara.
 ??  ?? WAN Shah Rahman (berdiri kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian kakitangan Kosan dan jemputan yang hadir.
WAN Shah Rahman (berdiri kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian kakitangan Kosan dan jemputan yang hadir.
 ??  ?? NORZAIN Haji Tawi (empat kiri) dan Haji Wan Shah Rahman (dua kiri) bersama para tetamu jemputan.
NORZAIN Haji Tawi (empat kiri) dan Haji Wan Shah Rahman (dua kiri) bersama para tetamu jemputan.
 ??  ?? WAN Shah Raman berucap pada majlis itu.
WAN Shah Raman berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia