Utusan Borneo (Sabah)

Virtual Dimension lancar VR pertama di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

VIRTUAL Dimension VR Experience Centre melancarka­n permainan simulator Realiti Maya (VR) pertama di Sabah.

Pengasas Bersama Virtual Dimension Geoffrey Sinn Shun Hou berkata ia ada sebagai satu langkah kehadapan bagi membolehka­n pengguna merasakan diri mereka berada dalam sesuatu visual permainan.

“Sebagai seorang pembuat animasi dan filem, apa yang terbaik untuk membuat sesuatu cerita adalah memberi peluang kepada pelanggan kami merasakan sendiri apa yang telah direka melalui VR ini.

“Melalui VR, pelanggan boleh memainkan watak utama dalam permainan atau penceritaa­n sebagai contoh dalam permainan memanah, pemain akan menggerakk­an sendiri tangan mereka untuk melepaskan anak panah dari busur dengan menggunaka­n alat khas.

“Daripada itu, pengguna akan merasakan bahawa mereka sedang berada di dalam permainan itu,” katanya pada Majlis Pelancaran Virtual Dimension VR Experience Centre di sini pada Ahad.

Turut hadir Pengasas Bersama Virtual Dimension Ken Fu dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) Sabah Datuk Bruno Vun.

Selain itu Geoffrey berkata mereka bukan sahaja menyediaka­n VR Permainan tetapi juga Pendidikan.

“Sebagai contoh anda hanya perlu menggunaka­n alat kawalan untuk belajar membaiki kereta tanpa membawa kereta sebenar di sini.

“Begitu juga dengan apa yang ada pada hari ini bahawa kami memberi peluang kepada pengunjung merasakan bagaimana bermain ski, memanah, menembak, bermain pedang dan banyak lagi,” jelasnya.

Beliau juga percaya VR itu berbeza dengan permainan video yang pernah diperkenal­kan.

“Ini kerana ia memerlukan pergerakan sebenar kita untuk menggerakk­an watak yang kita mainkan seperti menarik busur untuk memanah,” tambahnya.

Geoffrey berharap dengan memperkena­lkan VR kepada umum, masyarakat tidak perlu lagi membeli keseluruha­n alatan berkenaan.

“Mereka hanya perlu datang ke Virtual Dimension VR Experience Centre untuk merasakann­ya sendiri dengan harga yang berpatutan.

“Pada harga biasa, bagi ahli kami tawarkan RM25 untuk setengah jam dan RM50 kepada bukan ahli dan bagi penggunaan satu jam adalah RM35 ahli dan RM70 bukan ahli.

“Untuk menjadi ahli adalah percuma tetapi mereka perlu menambah nilai sekurang-kurangnya RM100 dan akan mendapat bonus RM5 dari kami,” jelasnya.

Tambahnya untuk tambah nilai RM200, ahli akan mendapat bonus RM20 dan begitu juga dengan RM300 akan memperoleh RM50 bonus.

Menurutnya mereka menyediaka­n sebanyak tujuh stesen VR di Virtual Dimension yang mana ia boleh dikongsika­n bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga dalam satu-satu masa.

“Selain itu juga, tujuh stesen ini boleh dihubungka­n antara satu sama lain untuk dimainkan bersama-sama sebagai contoh bermain ‘paintball’ berkumpula­n,” katanya.

Jelasnya mereka beroperasi dari Isnin hingga Ahad pada jam 12 tengah hari ke 12 tengah malam termasuk cuti umum.

Sementara itu Bruno berkata kementeria­nnya berharap simulator VR berkenaan akan dikembangk­an lagi bukan sahaja pendidikan tetapi juga pelanconga­n.

Katanya ia boleh merancakka­n lagi industri pelanconga­n dengan menggunaka­n latar Sabah dalam VR itu.

“Dengan menggunaka­n latar yang ada di Sabah ke dalam VR ini, pengguna akan tertarik dan ingin datang dan merasakan sendiri apa yang terdapat di tempat berkenaan.

“Kementeria­n sangat menyokong industri atau teknologi seumpama itu yang mana seperti kebelakang­an ini kami turut memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti berunsurka­n teknologi oleh Kinabalu Coders.

“Bila mereka membuat sesuatu aktiviti, kementeria­n akan menyediaka­n pembiayaan yang membantu acara itu berjaya,” jelasnya.

Jelasnya kementeria­nnya cuba untuk membentuk komuniti yang mempunyai minat sama dalam teknologi.

“Komuniti berkenaan akan maju kehadapan untuk melakukan sesuatu seperti ini dan kementeria­n akan memberi bantuan bagi merealisas­ikan impian dengan usaha mereka sendiri.

“Oleh itu, mereka yang berkecimpu­ng dalam industri ini akan mencipta satu visual lokasi pelanconga­n yang ada di Sabah dan boleh menimbulka­n impian pengguna untuk datang ke tempat itu.

“Ini adalah satu industri yang baharu tetapi kita akan cuba untuk memajukann­ya dan bukan sahaja permainan tetapi juga seperti yang saya katakan tadi,” jelasnya.

 ??  ?? BRUNO (kanan) menandatan­gani plak perasmian Virtual Dimension sambil disaksikan oleh Ken.
BRUNO (kanan) menandatan­gani plak perasmian Virtual Dimension sambil disaksikan oleh Ken.
 ??  ?? PENGUNJUNG yang hadir diberi penerangan oleh kakitangan Virtual Dimension sebelum mencuba VR berkenaan.
PENGUNJUNG yang hadir diberi penerangan oleh kakitangan Virtual Dimension sebelum mencuba VR berkenaan.
 ??  ?? DARI kiri: Ken, Bruno dan Geoffrey menyempurn­akan gimik perasmian Virtual Dimension VR Experience Centre.
DARI kiri: Ken, Bruno dan Geoffrey menyempurn­akan gimik perasmian Virtual Dimension VR Experience Centre.
 ??  ?? BRUNO (kiri) berkesempa­tan merasakan sendiri permainan memanah menggunaka­n VR.
BRUNO (kiri) berkesempa­tan merasakan sendiri permainan memanah menggunaka­n VR.
 ??  ?? ANTARA ruangan terbuka stesen VR yang terdapat di Virtual Dimension.
ANTARA ruangan terbuka stesen VR yang terdapat di Virtual Dimension.
 ??  ?? AKSI salah seorang pengunjung dalam mengendali­kan VR.
AKSI salah seorang pengunjung dalam mengendali­kan VR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia