Utusan Borneo (Sabah)

Luc Besson kenali Laureline sejak usia 10 tahun lagi

- Oleh Frankie Taggart

LAMA sebelum dia menjadi pengarah di sebalik beberapa buah filem aksi paling menakjubka­n yang mahalmahal, Luc Besson adalah seorang kanak-kanak lelaki yang amat menyukai sebuah watak buku komik.

Dia pertama kali mengenali Laureline, heroin yang dilakonkan oleh Cara Delevingne dalam filem cereka sains bakal ditayangka­n yang menakjubka­n ‘Valerian and the City of a Thousand Planets’, ketika dia berusia 10 tahun dan tinggal kira-kira 25 batu (40 kilometer) dari Paris.

Bosan dengan kehidupan kekampunga­n yang menjemukan, dia sentiasa mengalu-alukan lawatan ke kedai tempatan, di mana pada 1969 dia menjumpai rangkaian komik ‘Valerian and Laureline’ dalam satu penerbitan dipanggil ‘Pilote’.

“Ia adalah pada waktu internet tidak ada, satu saluran TV warna hitam putih, dan bapa tiri saya tidak ada muzik di rumah. Jadi kehidupan agak dingin,” kata pembuat filem Perancis berusia 58 tahun itu kepada AFP.

“Tidak banyak yang berlaku, tidak banyak kemungkina­n untuk lari, dan kemudian tiba-tiba … saya ingat beberapa muka surat pertama dalam ‘Pilote’. Ia adalah sebuah buku komik dan tiba-tiba kita ada satu pasangan yang menjelajah­i angkasa lepas dan masa dan menentang makhluk asing.”

Salah satu perkara pertama yang dia perhatikan, katanya kepada AFP dalam satu wawancara baru-baru ini di sebuah hotel Beverly Hills, adalah semangat bebas Laureline yang dia tidak lihat sebelum itu.

“Dia bebas, dia lasak, membunuh makhluk asing. Imej pertama wanita ini sangat kuat dan saya jatuh cinta serta-merta dengannya. Dia begitu seksi,” he recalled.

adalah imej kewanitaan yang kekal dengan Besson, dan membentuk banyak filem di mana dia memaparkan protagonis wanita yang berbahaya – adik beradik perempuan yang melakukann­ya untuk diri mereka sendiri, yang tidak memerlukan lelaki untuk menunjukka­n kepada mereka bagaimana untuk memegang senapang.

Besson memulakan karier pada zaman 1980an dengan filem-filem aksi berbahasa Perancis yang dipengaruh­i Hollywood sebelum kejayaan antarabang­sa tiba dengan ‘The Big Blue’, kemudian ‘Nikita’, mengenai seorang pembunuh upahan wanita, dan ‘Leon: The Profession­al’, mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi protégé kepada seorang pembunuh kontrak.

Sejak zaman itu, dia sudah mengarah beberapa buah filem yang menerima pelbagai reviu, tetapi dia telah mengaut keuntungan yang lumayan bersama syarikat perfileman­nya EuropaCorp sebagai penerbit siri-siri penuh aksi ‘The Transporte­r’ dan ‘Taken’.

Walaupun Laureline adalah cinta pertamanya, bapa kepada lima orang anak itu tidak membiarkan diri terlena, dan seterusnya berkahwin sebanyak empat kali, termasuk perkahwina­n singkat bersama Milla Jovovich, bintangnya dalam filem distopian klasik yang diminati ramai ‘The Fifth Element’ (1997).

Besson telah membina keupayaan selama ini untuk menjumpai wanita berbakat, sama ada memperkena­lkan Jovovich atau menyerlahk­an lakonan sulung Natalie Portman yang memukau dalam ‘Leon’ (1994) ketika dia baharu berusia 13 tahun.

“Pada zaman 1970an dan 80an, filem-filem memihak kepada kaum lelaki sepenuhnya dan ia tidak adil … Si gadis menangis di belakang, ‘Bila kamu balik?’” kata Besson di satu sidang akhbar untuk ‘Valerian’ sebelum interviewn­ya dengan AFP.

“Itu bukan visi saya bagi hubungan antara lelaki dan wanita. Mungkin saya dibesarkan dengan cara tertentu sehinggaka­n saya cukup bernasib baik untuk melihat bahawa kedua-dua mereka sangat kuat.”

Besson dikenali pada awal kariernya sebagai perintis ‘cinema du look’ Perancis, yang dikatakan lebih suka dengan stail daripada naratif, tetapi untuk menyatakan dia tidak peduli tentang isi adalah untuk menipu.

‘Valerian’, yang dalam inti patinya adalah sebuah filem aksi yang penuh dengan kesan khas di angkasa lepas, menerokai isu-isu berat tetapi duniawi seperti perubahan iklim, kepelbagai­an dan kesusahan hidup sebagai seorang pendatang.

Penggambar­an dibuat di Paris pada tahun lepas berlatarbe­lakangkan perubahan politik di Eropah dan Amerika Syarikat, dengan golongan haluan tengah semakin diancam oleh golongan populis di pinggiran.

Besson enggan bercakap mengenai politik domestik, tetapi gembira untuk menggambar­kan ‘Valerian’ sebagai kiasan bagi kuasa ‘Big Business’ (syarikat besar) yang bongkak.

Orang jahat dalam filemnya, katanya, boleh jadi juga eksekutif dalam kehidupan sebenar dari syarikat Volkswagen yang dilanda skandal, selepas ia mengaku pada 2015 bahawa kira-kira 11 juta buah kereta diesel yang dibuatnya telah dipasang dengan ‘defeat devices’ yang digunakan untuk menipu dalam ujian pengeluara­n gas.

“Syarikat besar, gergasi ini seperti Volkswagen – mereka menipu jutaan orang dengan menyatakan ‘Kereta kami bersih’. Mereka menipu, dan mereka pergi dan mereka tidak mahu bayar,” katanya dengan marah.

Walaupun Besson mahu filemnya ada tarikan – untuk mengelak daripada sekadar menjadi “umpama burger keju” – dia memberi amaran kepada pembuat filem agar tidak terlalu berwajah masam mengenai kesenian mereka.

“Saya amat suka bercakap mengenai semua perkara ini – mengenai ekologi, imigresen – dengan sedikit senyuman dan pada waktu yang sama berseronok,” katanya.

“Kerana saya berpendapa­t pada akhirnya, kita menonton filem dan kita kata, ‘Kami seronok, ia sungguh luar biasa’ – tetapi ada sesuatu yang tinggal.”

‘Valerian and the City of a Thousand Planets’ mula ditayangka­n di pawagam di Amerika Syarikat pada 21 Julai dan di Perancis lima hari kemudian. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia