Utusan Borneo (Sabah)

Penyelesai­an cara baik

Sarawak tidak perlu keluar Malaysia bukan bermakna tidak boleh berunding dapatkan kembali hak negeri: KM

-

KUCHING: Sarawak tidak perlu keluar dari Malaysia bukan bermakna ia tidak boleh berunding dengan kerajaan persekutua­n untuk mendapatka­n kembali hak serta milik negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, apa yang dimahukan Sarawak mudah sahaja, iaitu mengembali­kan hak miliknya yang terhakis sebelum ini.

“Saya benar-benar berharap warga Sarawak akan terus memberi sokongan kepada saya untuk berbincang dengan kerajaan persekutua­n bagi mencapai penyelesai­an secara baik kepada isu pokok iaitu penurunan kuasa semula kepada Sarawak.

“Apai Jugah memanggil bapa saya ‘menyadi,’ Ong Kee Hui memanggiln­ya ‘saudara’ dan dalam semangat perpaduan serta persaudara­an ini, kita harus berusaha untuk mencapai matlamat kita bagi memastikan Sarawak maju ke hadapan seperti yang digambarka­n oleh para pemimpin kita terdahulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2017 yang disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Tebingan Kuching di sini, pada Sabtu.

Abang Johari berkata, selepas bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia, pada prinsipnya ia menekankan terma dan syarat tertentu yang memberi autonomi kepada Sarawak ke atas banyak aspek dalam Perlembaga­an.

Beliau tidak menafikan kerajaan negeri tidak begitu gembira dengan pemusatan kuasa di Kuala Lumpur, tetapi ia dipercayai dapat diselesaik­an menerusi rundingan dan mengguna pakai dasar bertolak ansur.

“Kita sudah mengatasi banyak masalah kita. Ia akan terus timbul tetapi tiada perkara yang kita tidak dapat selesaikan sebagai warga senegara.

“Sekarang, saya akan meneruskan usaha Allahyarha­m Datuk Patinggi Adenan Satem dalam membincang­kan kebimbanga­n ini dengan kerajaan persekutua­n,” tegasnya.

Namun, kata beliau, dalam rundingan bersama Putrajaya, Sarawak mesti terlebih dahulu membuat ‘kerja rumah’ bagi memastikan ia tidak melepaskan ‘peluru kosong.’

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menghantar pasukan peguam ke London untuk mengkaji banyak dokumen dan arkib Britain serta sumber lain bagi menentukan apa sebenarnya semangat yang mendasari Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Iabercangg­ahsekalide­ngan beberapa andaian bahawa kita menjemput campur tangan orang asing, terma rujukan bagi pasukan ke London tidak pernah untuk meminta orang asing campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri kita,” kata Abang Johari.

Sementara itu, beliau turut menyampaik­an penghargaa­n atas kehadiran Tun Taib yang amat bertepatan dengan majlis sambutan itu.

Ini kerana, kata Abang Johari, 54 tahun lalu Tun Taib hadir pada detik sejarah itu bukan hanya sebagai penontonte­tapisebaga­ipeserta menyaksika­n pembentuka­n Malaysia selain merupakan ahli kabinet pertama yang masih ada.

Majlis turut dihadiri timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap menteri bertanggun­gjawab penganjura­n Datuk Dr Sim Kui Hian serta menterimen­teri kabinet negeri dan persekutua­n.

 ??  ?? TUN TAIB melakukan simbolik sambutan Hari Sarawak 2017 semalam sambil disaksikan Abang Johari (tiga kiri), Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian (kiri), timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua...
TUN TAIB melakukan simbolik sambutan Hari Sarawak 2017 semalam sambil disaksikan Abang Johari (tiga kiri), Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian (kiri), timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia