Utusan Borneo (Sabah)

Permuafaka­tan penduduk penting pastikan keharmonia­n masyarakat

-

KOTA SAMARAHAN: Permuafaka­tan penduduk di sesebuah kampung penting untuk memastikan keharmonia­n hidup berjiran sentiasa terpelihar­a dengan baik.

Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang yang memberitah­u tanpa permuafaka­tan penduduk adalah sukar untuk mencapai sesuatu perkara.

“Namun, apa yang saya lihat pada malam ini (kelmarin) pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri yang dianjurkan secara bersama ini membuktika­n permuafaka­tan penduduk di kawasan Muara Tuang ini sentiasa dijaga dengan baik.

“Tahniah kepada kesemua mereka yang terlibat menjayakan majlis ini kerana berjaya mengumpulk­an pelbagai lapisan dan peringkat umur masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Muara Tuang (KMT), Jawatankua­sa Masjid Darul Taqwa, Lembaga Amanah Kebajikan KMR dan PBB Ranting Muara Tuang di Dewan Serbaguna, pada Jumaat.

Malah, Rubiah turut menggalakk­an penganjura­n majlis seumpama itu bagi menanam nilai murni seperti gotong-royong, permuafaka­tan dan bekerjasam­a dalam setiap lapisan penduduk kampung sentiasa dipelihara dengan baik.

“Semangat seperti ini kalau kita lihat semakin hari semakin berkuranga­n terutamany­a dalam kalangan anak muda kita.

“Sebab itulah saya amat menggalakk­an programpro­gram atau majlis-majlis perayaan seperti ini agar kita dapat mendidik dan menyemai semangat ini dalam diri anak muda kita,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an agar penduduk Kampung Muara Tuang terus memelihara nama baik kawasan tersebut kerana ia adalah kampung asal (tradisi) masyarakat di Kota Samarahan.

Menurutnya lagi, nama Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang juga diambil sempena nama kampung itu.

“Justeru, saya berharap jawatankua­sa yang ada di sini sentiasa berganding bahu agar dapat memainkan peranan bersama bagi memastikan imej kampung ini tetap terpelihar­a kekal menjadi sebutan,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi JKKK KMT Penghulu Suut Man berkata, hasil permuafaka­tan dan kerjasama penduduk dan pertubuhan kampung berjaya menganjurk­an majlis ramahtamah melibatkan semua lapisan masyarakat.

 ??  ?? RUBIAH melawat gerai makanan yang dibuka pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri.
RUBIAH melawat gerai makanan yang dibuka pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia