Utusan Borneo (Sabah)

Seni bela diri bentuk ketahanan, tingkat disiplin

Ia juga mampu melahirkan masyarakat yang menyumbang kepada kesejahter­aan negara: Fadillah

-

KUCHING: Mempelajar­i seni mempertaha­nkan diri bukansahaj­amengambil­kira pembentuka­n ketahanan fizikal, mental serta rohani, malah sebagai latihan untuk meningkatk­an disiplin individu itu sendiri.

Menjelaska­n perkara tersebut, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia juga mampu melahirkan masyarakat yang boleh menyumbang ke arah kebaikan dan kesejahter­aan negara secara menyeluruh.

“Semua seni mempertaha­nkan diri, termasuk taekwondo haruslah dikekalkan dan disokong dalam usaha kita melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat dan disiplin diri yang tinggi.

“Bukan itu sahaja, kita percaya ia juga mampu melahirkan anak-anak yang bersiap sedia untuk menyumbang ke arah kesejahter­aan masyarakat dan negeri kita, khasnya dan Malaysia, amnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kejohanan Taekwondo ITF SekolahSek­olah Sarawak dan Jemputan Kebangsaan 2017 bertempat di Stadium Datuk Polycarp Sim Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph di sini, pada Sabtu.

Mengenai kejohanan itu, Fadillahya­ngjugameru­pakan Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, ia harus dijalankan secara berterusan melibatkan penyertaan anak-anak muda khususnya mereka yang masih bersekolah.

“Dengan kejohanan seumpama ini, ia membuka peluang serta memberi pengalaman kepada para peserta muda kita untuk bertanding dengan semangat sukan terbaik.

“Pada masa sama, sebagai batu loncatan kepada anakanak ini mempersiap­kan diri mewakili sekolah, bahagian, negeri malah sehingga ke peringkat kebangsaan sebelum akhirnya menjadi ‘Champion of the World’

terutama dalam sukan taekwondo ini,” jelasnya.

Jika sebelum ini, Sarawak telah banyak melahirkan atlet bertaraf dunia, katanya, tidak mustahil suatu hari kelak sukan taekwondo juga diwakili oleh anak tempatan sehingga ke peringkat tertinggi.

 ??  ?? FADILLAH menandatan­gani dokumen sebagai simbolik perasmian Kejohanan Taekwondo ITF Sekolah-Sekolah Sarawak dan Jemputan Kebangsaan 2017 di Kuching semalam sambil disaksikan Master Johnny (tengah) serta tetamu jemputan lain.
FADILLAH menandatan­gani dokumen sebagai simbolik perasmian Kejohanan Taekwondo ITF Sekolah-Sekolah Sarawak dan Jemputan Kebangsaan 2017 di Kuching semalam sambil disaksikan Master Johnny (tengah) serta tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia