Utusan Borneo (Sabah)

Zidane akhiri spekulasi perpindaha­n Ronaldo

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Cristiano Ronaldo akan terus kekal sebagai pemain Real Madriduntu­k“duaatautig­a tahun akan datang”, kata jurulatih kelab, Zinedine Zidane Sabtu lepas, sekali gus menamatkan spekulasi di mana bintang antarabang­sa Portugal itu akan berpindah ke Manchester United.

Sehari sebelum perlawanan persahabat­an pramusim menentang United di Santa Clara, California, Zidane bercakap di Los Angeles tentang penyerang berusia 32 tahun yang ketika ini masih bercuti.

“Ada spekulasi tentang Cristiano, tentang beliau mahu meninggalk­an kelab,” kata Zidane. “Saya hanya percaya satu perkara – bila sahaja saya bercakap dengannya, beliau kelihatan tenang.

“Beliau masih bercuti dan akan kembali berlatih pada awal bulan hadapan. Saya mendengar, sama seperti pemain lain tetapi satu perkara yang penting bagi saya ialah apa yang beliau mahu lakukan bersama Real Madrid.

“Beliau akan bersamasam­a kelab pada 5 Ogos dan saya fikir beliau akan terus kekal untuk dua atau tiga tahun lagi bersama kami.”

Real juga akan menentang Manchester City di Los Angeles dan Barcelona di Miami sebelum Ronaldo kembali ke kelab.

“Beliau sedang dalam percutian selayaknya selepas satu musim hebat yang kami harungi,” kata Zidane. “Beliau akan kembali dan kita akan lihat sekiranya beliau ada peluang untuk bermain (pramusim).”

Selepas memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol dan mempertaha­nkan kejuaraan Liga Juara-Juara, Zidane berasa yakin kelab akan bersedia untuk mempertaha­nkan kejuaraan ini. “Kami tahu apa yangkami capai adalah hebat dan sekarang ada kejuaraan yangakan kami buru dan kami membuat persediaan terbaik,” kata Zidane ketika merujuk perlawanan Piala Super Eropah menentang Manchester United di Skopje pada 8 Ogos depan.

“Seperti biasa, kami mahu cuba memenangi setiap kejohanan yang kami sertai. Ia tidak akan berubah. Ia adalah sejarah kelab, kami tahu di mana memenangi kejuaraan adalah apa yang membangkit­kan semangat kami dan kami akan cuba melakukan perkara yang sama pada musim baharu.”

Dalam perkembang­an lain, Zidane mengesahka­n pemain pertahanan kanan, Danilo, tidak lagi bersamasam­a dengan Real Madrid dengan Manchester City dijangka destinasi perpindaha­n beliau.

Sehari sebelum perlawanan persahabat­an pramusim menentang Manchester United, Zidane bercakap di Los Angeles tentang peluang pasukannya, selepas penyerang Alvaro Morata mengesahka­n perpindaha­n ke Chelsea Jumaat lepas.

“Kami mempunyai beberapa pemain hebat yang meninggalk­an kelab dan beberapa pemain muda yang tiba. Kami sentiasa cuba melakukan peningkata­n,” kata Zidane.

“Danilo sudah pergi, begitu juga Morata. Saya tidak berkata kami kekurangan penyerang tetapi ada seorang yang hilang dari kempen hebat kami musim lepas. Ia bagaimanap­un lumrah dalam sukan ini dan kami harus cuba menanganin­ya sebaik mungkin.

“Kami masih mempunyai 28 pemain hebat dan ia satu jumlah yang sangat banyak.”

Beberapa laporan berkata Danilo, 26, yang membantu Real memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pada dua musim berturuttu­rut, akan mengesahka­n perpindaha­n ke Manchester City sekiranya lulus pemeriksaa­n perubatan dan bersetuju dengan terma peribadi kontrak. — AFP

 ??  ?? ZIDANE (kiri) berbincang dengan kakitangan kejurulati­han Real Madrid ketika menghadiri sesi latihan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 12 Julai lepas. — Gambar Reuters
ZIDANE (kiri) berbincang dengan kakitangan kejurulati­han Real Madrid ketika menghadiri sesi latihan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 12 Julai lepas. — Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia