Utusan Borneo (Sabah)

Aksi luar biasa Neymar peringatan apa yang penyokong Barca mungkin rindui

-

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat (AS): Neymar memberikan penyokong Barcelona satu peringatan tentang apa yang mungkin mereka rindui apabila menjaringk­an dua gol ketika kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu menewaskan Juventus 2-1 pada perlawanan persahabat­an pramusim di sini Sabtu lepas.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi tumpuan spekulasi perpindaha­n lumayan dengan satu rekod dunia 222 juta euro ke Paris Saint Germain (PSG).

Neymar menambah lagi spekulasi mengenai masa depannya apabila mengeluark­an gambar kelihatan sedih dalam akaun rasmi laman sosial Instagram Jumaat lepas.

Tetapi tiada apa yang mencadangk­an penyerang antarabang­sa Brazil itu terganggu dengan spekulasi perpindaha­n itu apabila mempamerka­n aksi luar biasa di hadapan 82.104 penonton di Stadium MetLife di New Jersey.

Neymar mempunyai peluang pertama seawal minit keempat tetapi rembatan lemah dari hujung kotak penalti tersasar.

Barcelona, bersama-sama Lionel Messi yang bermula dalam kesebelasa­n utama, kelihatan jauh lebih bagus berbanding Juventus dengan Aleix Vidal dan Messi memaksa pertahanan Juventus bekerja-keras.

Juventus mempunyai satu peluang terbaik pada minit ke-14 tetapi cubaan Mario Mandzukic dari umpanan Stefano Sturaro tersasar.

Kegagalan Mandzukic menyempurn­akan peluang, dihukum oleh Neymar, yang membuka jaringan seminit kemudian selepas berganding­an cantik dengan Paco Alcacer.

Sembilan minit kemudian, Neymar menjaringk­an gol kedua dan hampir menjaringk­an hatrik tiga minit sebelum rehat apabila menerima umpanan cantik dari Messi tetapi beliau gagal menewaskan penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon.

Barcelona melakukan beberapa pertukaran selepas rehat, mengeluark­an kesemua kecuali dua pemain dari kesebelasa­n utama dengan Neymar diganti oleh Sergi Roberto dan Arda Turan menggantik­an Messi.

Juventus juga melakukan banyak pertukaran, dengan memasukkan pemain utama seperti Paulo Dybala, Gonzalo Higuain dan Douglas Costa. — AFP

 ??  ?? NEYMAR (tengah) diasak oleh pemain pertahanan Juve ketika beraksi pada perlawanan persahabat­an di Stadium MetLife, New Jersey Sabtu lepas. — Gambar Reuters
NEYMAR (tengah) diasak oleh pemain pertahanan Juve ketika beraksi pada perlawanan persahabat­an di Stadium MetLife, New Jersey Sabtu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia