Utusan Borneo (Sabah)

Badak azam tebus maruah

Layan PKNS FC dalam saingan Piala Presiden di Likas petang ini

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Badak Remaja berazam menebus maruah dengan kemenangan, menutup tirai aksi di Sabah, dalam saingan Liga Kumpulan B, Piala Presiden 2017 di Stadium Likas petang ini.

Aksi bermula 4.15 petang menentang PKNS FC itu merupakan aksi liga kumpulan pusingan pertama yang kedua terakhir, sebelum pasukan Piala Presiden negeri ini berlepas ke Semenanjun­g Malaysia untuk berhadapan lawan yang sama pada 31 Julai.

Berada pada kedudukan kedua tercorot dari kalangan 10 pasukanyan­gbertandin­g, Sabah sememangny­a tidak memiliki sebarang peluang untuk menempatka­n diri dalam kelompok empat pasukan teratas liga untuk mara ke pusingan kedua suku akhir, menyertai empat lagi pasukan dari Kumpulan A yang turut dianggotai oleh 10 pasukan.

Namun demikian, penolong jurulatih Johnny Dominicus

tetap memberi harapan dan sokongan tidak berbelah-bahagi untuk memastikan maruah negeri ini tidak tergadai.

“Kita harap kita dapat kemenangan untuk menutup tirai aksi musim ini walaupun kita (sudah) tidak layak ke suku akhir.

“Sekurang-kurangnya kita (mahu) menutup tirai dengan satu kemenangan, yang terakhir di sini, (itu) pun kira baik sikit untuk para penyokong dan penonton,” jelas beliau ketika ditemubual semasa sesi latihan di sini pada Ahad.

“Ini juga bagus buat para pemain kita yang mana sebahagian­nya masih boleh beraksi di musim hadapan.

“Walaupun sudah tiada peluang (ke suku akhir), main untuk diri sendiri dan main untuk Sabah, itu yang lebih penting,” tegas Johnny.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia