Utusan Borneo (Sabah)

Rembatan cantik Coutinho bantu The Reds sentak Leicester

-

HONG KONG, China: Rembatan cantik Philippe Coutinho membantu Liverpool menewaskan Leicester City 2-1 pada final kejohanan mini pramusim Trofi Asia Liga Perdana di sini Sabtu lepas.

Dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menolak tawaran lumayan dari Barcelona untuk membeli Coutinho pada awal minggu ini, pemain antarabang­sa Brazil itu membuktika­n kepentinga­nnya kepada Liverpool apabila menjaringk­an gol kemenangan.

Pemain berusia 25 tahun itu menerima bola di sayap kiri padang pada minit akhir sebelum rehat, melepasi beberapa pemain lawan sebelum melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

“Semua orang tahun Phil Coutinho adalah pemain penting bagi kami,” kata Klopp ketika memberitah­u wartawan selepas perlawanan.

“Beliau menyayangi kelab, bandar raya ini dan beliau adalah seorang pemain yang hebat. Jika beliau dapat bermain seperti malam ini, dengan kesukaran latihan pramusim, ia menunjukka­n potensi besar beliau.”

Coutinho sebelum ini mempunyai peranan untuk membantu penyerang baharu Liverpool, Mohamed Salah untuk mengikat gol pembukaan Leicester, yang dijaringka­n Islam Slimani pada minit ke-12.

Klopp terlibat dalam perbalahan dengan pengadil perlawanan, Bobby Madley dalam separuh masa pertama dan pada sidang media selepas perlawanan, beliau menjelaska­n kemarahann­ya adalah kerana pengadil tidak mengambil tindakan terhadap pemain Leicester yang sentiasa mengasari Coutinho.

“Pemain ini menjadi perbezaan, mereka membawa penyokong ke stadium,” kata Klopp. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia