Utusan Borneo (Sabah)

Golf Amatur Terbuka LGC 25-27 Ogos

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 akan berlangsun­g di Labuan Golf Club (LGC) bermula 25-27 Ogos.

Presiden LGC Arthur Kong melalui kenyataan akhbar pada Ahad berkata, kejohanan tahunan kali ini adalah untuk edisi ke-26 lelaki dan edisi ke19 wanita.

“Kejohanan ini boleh disertai oleh pemain lelaki yang memegang indeks handikap USGA 11.3 ke bawah dan pemain wanita yang memegang indeks handikap USGA 22.5 ke bawah.

“Oleh itu, kami mengalualu­kan penyertaan semua pemain khususnya dari Sabah, Sarawak, Semenanjun­g Malaysia serta negara-negara jiranseper­tiBruneiDa­russalam, Filipina, Singapura dan lainlain,” jelas beliau.

“Oleh kerana lapangan golf ini merupakan lapangan sembilan lubang sahaja, kita meletak sasaran untuk menarik sekurang-kurangnya 112 pemain termasuk 16 hingga 24 pemain wanita. Tidak akan ada tambahan jumlah melebihi had pada tahun ini.

“Tahun lalu, kita meletak sasaran 120 pemain, tetapi kita terpaksa menambah empat peserta menjadi 124 pemain selepas desakan demi desakan dari para pemain, dan kita tidak mahu mengecewak­an mereka.

“Lebih menakjubka­n, dari jumlah penyertaan tahun lalu itu, 80 peratus peserta adalah dari luar wilayah ini,” tambah Arthur.

Sehubungan dengan itu, keterangan lanjut boleh diperolehd­enganmengh­ubungi LGC ditalian 087-412711 / 412712 / 412810, faks 087-416260 atau email ke labuangolf­club@yahoo.com sebelum tarikh tutup pada 11 Ogos.

 ??  ?? ARTHUR Kong (depan tengah) bersama Jawatankua­sa Agung (GC) LGC selepas mesyuarat pengelola Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 di LGC pada Sabtu.
ARTHUR Kong (depan tengah) bersama Jawatankua­sa Agung (GC) LGC selepas mesyuarat pengelola Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 di LGC pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia