Utusan Borneo (Sabah)

Fama tanam Musang King, Black Thorn di Sabah

-

KOTA KINABALU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) bakal melancarka­n projek perintis menanam durian dari klon tinggi iaitu jenis 'Musang King' dan 'Black Thorn' di negeri ini.

Pengerusin­ya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, projek perintis itu akan dimulakan secepat mungkin dengan mengenal pasti lokasi, tanah dan iklim bersesuaia­n dengan penanaman durian klon berkenaan.

“Kita akan pastikan projek ini dikomersil­kan supaya dapat pengeluara­n dan pasaran diperluas di dalam serta luar negara.

“Sabah dikurnia bumi yang cemerlang dengan hasil tanaman buah-buahan yang baik dan ini boleh jadi satu tarikan pelancong ke Sabah terutamany­a pelancong dari China, Hong Kong dan Taiwan.

“Kita hidangkan pelancong dengan buah-buahan popular dan yang tiada di negara mereka selain menjadi tarikan sektor agro pelanconga­n baharu di Sabah," katanya selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin.

Tambahnya, Fama akan ke China bulan hadapan untuk membuat promosi dan memperluas pasaran produk akhir buah durian tempatan seperti pes durian yang mendapat permintaan tinggi di China serta Hong Kong.

Selain itu, katanya, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia serta Fama akan membuka kilang memproses pisang saba di Tenom.

“Sekarang ini, kita eksport pisang saba yang mentah ke Semenanjun­g dan Sarawak tetapi pisang saba ada kelebihan yang tersendiri.

“Kalau kita proses dan bungkuskan dengan cantik kita boleh tingkatkan eksport serta lebih menguntung­kan penanam-penanam pisang,” jelasnya.

 ?? Gambar JABATAN PENERANGAN ?? JUHAR (tiga kanan) menerima cendera kenangan daripada Badruddin (empat dari kiri). -
Gambar JABATAN PENERANGAN JUHAR (tiga kanan) menerima cendera kenangan daripada Badruddin (empat dari kiri). -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia