Utusan Borneo (Sabah)

IBR komitmen perangi rasuah

3,435 pegawai dan anggota PDRM Sabah tandatanga­ni dokumen

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai 3,435 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini menandatan­gani dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Isnin.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Husain berkata, jumlah berkenaan membabitka­n pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama 20 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Menurutnya, IBR adalah amaran, peringatan serta jaminan kepada pemegang taruh dan pelanggan PDRM dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, ia adalah satu penzahiran Aku Janji kepada komitmen setiap individu dalam menangani jenayah terbabit.

“Dalam memerangi jenayah ini, kita tidak menyangkal terdapat pegawai dan anggota PDRM yang terlibat rasuah.

“Bagaimanap­un, kita mempunyai peraturan dibawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) yang bertindak memantau perlakuan dan tata tertib setiap pegawai dan anggota PDRM.

“Jika didapati pihak berkenaan mengambil rasuah, kita akan ambil tindakan dan sekiranya penglibata­n mereka tidak diketahui, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis IBR Peringkat PDRM Sabah di IPK di sini pada Isnin.

Razarudin berkata, pihaknya tidak menolak wujudnya penglibata­n pegawai dan anggota PDRM dalam jenayah rasuah.

Sehubungan itu katanya, kerjasama erat dengan SPRM terus diperkasa bagi memastikan jenayah terbabit dapat dikurangka­n atau terus tidak berlaku.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata, majlis IBR itu dijalankan serentak melibatkan sebanyak 174 IPK, IPD dan markas Pasukan Gerakan Am (PGA) seluruh negara.

“Ini satu komitmen bagi pegawai kanan, pihak pengurusan dan anggota PDRM dalam membantera­s rasuah dan salah guna kuasa.

“Ini menunjukka­n keberanian PDRM sekali gus menambahba­ik hubungan kerjasama sedia ada dengan SPRM,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 206 pegawai dan anggota PDRM di IPK melafaz dan menandatan­gani IBR.

Dalam memerangi jenayah ini, kita tidak menyangkal terdapat pegawai dan anggota PDRM yang terlibat rasuah. DATUK RAZARUDIN HUSAIN Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah

 ??  ?? RAZARUDIN (tengah) melafaz IBR bersama pegawai kanan IPK Sabah. Turut kelihatan Sazali (dua kanan).
RAZARUDIN (tengah) melafaz IBR bersama pegawai kanan IPK Sabah. Turut kelihatan Sazali (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia