Utusan Borneo (Sabah)

Bersama kembang sektor pelanconga­n

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Semua pihak dalam industri pelanconga­n termasuk semua pemandu pelancong perlu memainkan peranan bersama untuk membolehka­n sektor itu berkembang dan mendatangk­an keuntungan kepada semua.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak dalam industri pelanconga­n yang ingin berjumpa dengannya.

“Pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan kita dalam sektor ini sentiasa belajar bagi memastikan industri pelanconga­n terus berkembang pada masa sekarang dan di masa depan.

“Saya ingin mengingatk­an kembali bahawa penguatkua­saan terbaik adalah melengkapk­an diri dengan disiplin yang tinggi dalam industri ini,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Media, pada Isnin.

Beliau berkata, sekiranya seseorang itu mempunyai tahap disiplin yang tinggi, mereka tidak akan melanggar peraturan yang sedia ada.

Katanya, undang-undang atau peraturan boleh diwu- judkan tetapi ia tidak akan berkesan sekiranya seseorang itu tidak berubah.

“Perubahan itu datang dari diri masing-masing, janganlah menganggap peraturan itu membebanka­n...jangan anggap kita perlu mematuhi peraturan disebabkan wujudnya undangunda­ng itu.

“Undang-undang boleh dilihat sebagai panduan kepada kita dan bukannya satu alat untuk memaksa kita untuk tidak melakukan sesuatu,” katanya.

Masidi berkata, kementeria­nnya sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk campur tangan bagi memastikan industri pelanconga­n terus mencapai prestasi tertinggi terutamany­a menerusi tindakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Beliau turut menasihatk­an para pengusaha dalam industri pelanconga­n supaya meningkat dan melengkapk­an diri masing-masing sebelum membuat sebarang aduan.

Sementara itu, Masidi berpendapa­t Taman Hidupan Liar Lok Kawi perlu dipindahka­n ke satu kawasan yang lebih luas untuk membolehka­n haiwan yang ada bergerak lebih bebas.

“Cadangan untuk memindahka­n haiwan dalam zoo ini ke satu kawasan hidupan liar yang lebih luas sudah diutarakan beberapa tahun lalu.

“Sugud adalah satu kawasan yang baik, namun terdapat beberapa faktor tempatan perlu diselesaik­an sebelum usaha itu dilakukan khususnya yang melibatkan penduduk kampung di kawasan itu,” katanya.

Masidi berkata, semua pihak perlu berfikir untuk masa depan dan bukan untuk satu tempoh yang pendek sahaja.

 ??  ?? MASIDI beramah mesra bersama tetamu yang hadir.
MASIDI beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia