Utusan Borneo (Sabah)

Pulau Pinang usah berdolak dalik isu IBR: SPRM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu berdolak dalik atau menyalahka­n pihak lain mengenai keengganan mereka untuk menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), kata Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkfli Ahmad.

Beliau menegaskan pelaksanaa­n IBR dibuat atas kapasiti sukarela dan SPRM tidak pernah mengeluark­an sebarang surat kepada mana-mana pihak untuk menandatan­gani ikrar tersebut.

“Saya tidak tahu beliau (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng), kenapa (SPRM) hendak kena jemput pula (buat IBR) ? Ini saya tidak pasti, negerinege­ri lain tidak ada pula (tiada jemputan), kenapa Pulau Pinang pula nak kena jemput? hebat betul Pulau Pinang ini.

“Saya berasa hairan maka terpulangk­epadakepim­pinan kerajaanPu­lauPinangh­endak buat IBR atau tidak, saya senang sahaja dan tidak perlu berdolak-dalik perkara ini,” katanya pada sidang akhbar majlis IBR bersama PDRM di Pusat Latihan Polis, di sini, kelmarin.

Beliau mengulas mengenai dakwaan bahawa Lim tidak menjemput SPRM untuk melaksanak­an IBR.

Dzulkifli berkata IBR menunjukka­n ketelusan dan kepimpinan untuk bebas rasuah dan salah guna kuasa serta mempunyai daya saing yang tinggi mengenai IBR.

“Sekiranya mana-mana negeri nak buat IBR mereka akan menghubung­i SPRM untuk buat program IBR sebagaiman­a yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pagi ini,” katanya.

Katanya inisiatif menandatan­gani IBR menunjukka­n komitmen dan keseriusan sesebuah negeri atau organisasi itu untuk bebas gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM tidak mahu paksa sekiranya paksa akan jadi tidak elok maka tidak nampak kesungguha­n dan keseriusan mereka, sebab itu ia dibuat secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata apabila IBR dibuat secara paksaan maka rakyat tidak yakin dengan pihak berkuasa untuk banteras rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembang­an siasatan terhadap Felda Investment Coorperati­on (FIC) berhubung pembelian sebuah hotel mewah di London, Dzulkifli berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan.

“Pada Jumaat lepas SPRM telah menahan dua individu yang disyaki memanipula­si harga hotel, maka akan ada beberapa tangkapan lagi dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya.

Mereka yang ditahan merupakan pengarah sebuah syarikat perundinga­n pengurusan aset berusia 45 tahun manakala seorang lagi ialahKetua­UnitHartas­ebuah syarikat perkhidmat­an pos yang berusia 36 tahun.

Baru-baru ini, SPRM dalam satu kenyataan berkata beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014 selepas SPRM menerima maklumat baharu berhubung kes itu.

Hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC, yang merupakan entiti pelaburan yang diwujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (Felda) pada 2013, didakwa membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibat­kan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia