Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Umno Sandakan mahu Wanita Sabah dilantik menteri penuh

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

SANDAKAN: Pergerakan Wanita Sandakan mahu agar pemimpin wanita dari Sabah dilantik ke jawatan menteri penuh dalam Jemaah Kabinet Persekutua­n.

Ketua Wanita Umno Sandakan Noraini Sulong berkata, golongan wanita dari negeri ini adalah penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan amatlah tepat jika mereka diberi peluang menjawat menteri penuh di peringkat Pusat.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat bulanan Pergerakan Wanita Umno Sandakan, yang turut membincang­kan persediaan untuk mengadakan mesyuarat perwakilan yang dirasmikan secara serentak dengan pergerakan Pemuda dan Puteri Umno pada 26 Julai ini.

Menurutnya, Wanita Umno Sandakan bertekad untuk bekerja keras bagi memastikan kerusi Sandakan yang dikuasai pembangkan­g akan dimenangi BN dalam pilihan raya akan datang.

“Kita juga akan bekerja sehabis daya untuk merampas balik Parlimen Sandakan yang kini dikuasai pembangkan­g,” katanya.

Noraini berkata wanita Umno Sandakan akan terus melipatgan­dakan usaha untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rakyat kini semakin sedar betapa pentingnya keharmonia­n dan kestabilan negara dipelihara untuk memastikan negara tetap membangun dan sejahtera.

Noraini juga berkata, pergerakan Wanita Sandakan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang banyak membawa program pembanguna­n demi kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

“Pergerakan Wanita Umno Sandakan sentiasa memberikan sokongan padu kepada pucuk pimpinan negara demi kesinambun­gan perjuangan memastikan pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

 ??  ?? NORAINI bersama JK Wanita Umno Sandakan merakamkan gambar selamat mesyuarat.
NORAINI bersama JK Wanita Umno Sandakan merakamkan gambar selamat mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia