Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kekal dipenjara 20 tahun

Akibat sebabkan kematian abang ipar

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin, mengekalka­n penjara 20 tahun terhadap seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan menyebabka­n kematian abang iparnya.

Hakim Dato’ Rohana Yusuf, Tan Sri Idrus Harun dan Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebulat suara membuat keputusan itu terhadap perayu Thien Tah Long, 35, yang tidak diwakili peguam.

Dalam penghakim itu, setelah meneliti alasan rayuan dan hujah pihak pendakwaan, korum hakim berpendapa­t tiada sebab mengganggu hukuman, rayuan ditolak dan keputusan mahkamah rendah dikekalkan.

Pada 22 Jun tahun lalu, Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara itu terhadap Thien, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Perayu menyebabka­n kematian Clement Sho, 30, pada 7 Mei 2015 jam 10 malam hingga jam 11 malam, di sebuah rumah tidak bernombor, Batu 2 1/2 , Jalan Kionsom, Inanam, di sini.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengekalka­n keputusan itu selepas mengetepik­an rayuan perayu atas hukuman.

Semasa rayuan, Thien yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n dan menyatakan sudah menjalani hukuman selama tempoh setahun setengah.

“Saya ada empat anak, anak sulung lelaki berusia 13 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan. Anak kedua dan ketiga berusia sepuluh dan tujuh tahun masih bersekolah.

“Anak bongsu perempuan berusia tiga tahun. Sekarang anak lelaki membantu ibu bapa saya yang sudah tua menyekolah­kan adik-beradik yang lain,” katanya.

Menurutnya, isterinya sudah tidak pulang ke rumah dan adik-beradiknya yang lain tidak dapat menolong anakanakny­a, kerana tertumpu dengan keluarga masingmasi­ng.

“Saya mohon dibebaskan sebelum ibu bapa saya ‘memejamkan mata, anakanak tiada tempat mengadu’,” katanya dan menambah, isterinya pernah melawatnya dan menyatakan hasrat untuk bercerai.

Namun pihak pendakwaan menegaskan, hukuman maksimum penjara bagi kesalahan berkenaan selama tempoh 30 tahun dan Mahkamah Sesyen mengambil kira laporan perubatan serta kecederaan mangsa.

Selain itu, perayu juga menggunaka­n senjata sehingga mengakibat­kan pergaduhan dan menyebabka­n kematian mangsa.

Oleh itu, pihak pendakwaan memohon hukuman berkenaan dikekalkan dan rayuan Thien ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

 ?? Oleh CLARICE USOP ??
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia