Utusan Borneo (Sabah)

86 warga PDRM Ranau jayakan majlis tandatanga­ni IBR

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Majlis menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dijayakan oleh seramai 86 orang.

Mereka terdiri daripada 12 pegawai kanan PDRM pelbagai pangkat bersama 55 anggota dan 14 kakitangan awam di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada Isnin.

Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu kebesaran negeri Sabah, Sabah Tanah Airku, bacaan doa seterusnya perutusan Ketua Polis Negara yang disampaika­n Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah dan perutusan pengarah SPRM disampaika­n oleh Penguasa SPRM Abd Muntaqim Abd Aziz dan persembaha­n Momtaj IBR.

Selepas momtaj diikuti dengan lafaz ikrar yang diketuai DSP Mohd Farhan dan sesi tandatanga­n IBR oleh semua yang hadir. Ia berakhir dengan

lagu keramat PDRM, ‘Polis Sedia Berkhidmat’.

Dalam perutusann­ya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyaranka­n semua anggota PDRM mematuhi undang-undang, peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah serta salah guna kuasa.

Para anggota PDRM juga katanya, harus membenci dan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

“Ketua-ketua polis dan pegawai kanan memainkan peranan memastikan semua kakitangan di bawahnya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Menurut beliau, signifikan pelaksanaa­n IBR adalah sebagai satu amaran dan peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah, jaminan pimpinan organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah, penzahiran aku janji kepada komitmen individu dalam pembantera­san rasuah dan bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah yang perlu untuk mencegah rasuah.

“Peranan utama PDRM adalah menguatkua­sa undangunda­ng dan ketenteram­an awam serta mengekalka­n keselamata­n dan keamanan negara,” jelasnya.

Beliau berkata PDRM merupakan agensi di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) yang paling awal menandatan­gai IBR, sebagai tanda sokongan padu kepada dasar pencegahan rasuah.

 ??  ?? FARHAN (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Abd Muntaqim.
FARHAN (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Abd Muntaqim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia