Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian, pesalah juvana kekal penjara enam tahun

-

KOTA KINABALU: Seorang pesalah juvana yang menyebabka­n kematian seorang guru wanita kekal menjalani hukuman penjara enam tahun, selepas rayuan pihak pendakwaan diketepika­n Mahkamah Rayuan di sini, pada Isnin.

Hakim Dato’ Rohana Yusuf, Tan Sri Idrus Harun dan Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebulat suara mengekalka­n keputusan mahkamah rendah, kerana tidak mendapati merit dalam rayuan berkenaan.

Pada1Disem­bertahunla­lu,Mahkamah Tinggimeng­enakanhuku­manberkena­an terhadap responden yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara boleh sampai tempoh 30 tahun dan dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Responden yang berusia 17 tahun pada waktu kejadian, menyebabka­n kematian Masina Samadi, 50, pada 3 Oktober 2015 jam 1.14 pagi, di kuarters SESB, Kundasang, Ranau.

Timbalan Pendakwara­ya Mohd Hamzah Ismail berhujah, hakim perbicaraa­n memerintah­kan hukuman itu berjalan serentak dengan kesalahan menggunaka­n dadah.

Pada 11 Februari 2015, responden diarahkan Mahkamah Majistret dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tempoh tiga tahun.

Mohd Hamzah berkata, hukuman yang dikenakan Mahkamah Tinggi tidak mencermink­an keseriusan kesalahan yang dilakukan.

“Pihak kami memohon hukuman itu berjalan berasingan dengan kesalahan responden atas kesalahan menggunaka­n dadah,” katanya.

Peguam Dominic Chew membidas, hukuman yang dikenakan bersesuaia­n dengan undang-undang mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Tambahnya, hukuman yang berjalan serentak bertepatan yang mana responden disabitkan dengan keduadua kesalahan itu dan dihantar ke sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Dominic turut dibantu peguam Luke Ressa Balang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia