Utusan Borneo (Sabah)

RISDA ESTATES ceburi bidang teknologi makanan untuk tingkatkan sumber pendapatan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

TERENGGANU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) melalui syarikat miliknya, RISDA ESTATES Sdn. Bhd. di Durian Mas telah membina kilang makanan haiwan ternakan yang menggunaka­n sisa buah tandan sawit siap diproses berjaya menghasilk­an makanan haiwan ternakan sebanyak lima tan metrik sehari sejak Mei lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kilang tersebut telah mula beroperasi sejak Mei lalu kerana permintaan yang tinggi terhadap makanan ternakan daripada pembeli, syarikat dan agensi tempatan.

“Penubuhan kilang ini merupakan pendekatan RISDA ESTATES mendapatka­n sumber pendapatan terbaharu untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada pekebun kecil. Ini sekali gus akan meningkatk­an industri makanan ternakan di Malaysia dan memudahkan golongan penternak di Terengganu mendapatka­n makanan ternakan pada harga yang berpatutan.

“Kilang makanan ternakan yang dilengkapi dengan mesin-mesin berteknolo­gi tinggi ini mampu menghasilk­an makanan ternakan sebanyak lima tan metrik sehari dengan anggaran 130 tan metrik sebulan.

“Bukan itu sahaja, hasil pengeluara­n kilang ini mampu menampung keperluan dalaman mereka dan pada masa sama produk itu mampu dijual kepada pihak luar,” katanya selepas merasmikan kilang makanan ternakan di Durian Mas.

Turut hadir, Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Pengarah RISDA Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad, Pegawai Pembanguna­n Parlimen Dungun Datuk Din Adam, Pengerusi RISDA ESTATES Dato’ Mohd Salim Sharif dan Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Estate Abdul Aziz Jaafar.

Pada masa sama, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan usaha RISDA ESTATES memulakan projek penanaman buah tin sebagai projek baharu yang dilihat mampu menjana sumber pendapatan pekebun kecil di Terengganu.

“Saya lihat projek ini mampu meningkatk­an pendapatan penduduk tempatan kerana harga satu kilogram buah tin mentah ialah RM80 dan sebatang pokok pula boleh mengeluark­an sehingga lapan kilogram buah tin segar,” katanya.

Bertempat di lokasi yang sama, beliau turut menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya RISDA ESTATES bersama 1,800 jemputan dan merasmikan kilang sawit RISDA ESTATES Durian Mas.

Kilang yang terletak di Dungun, Terengganu itu mengeluark­an 40,000 tan metrik tandan kosong setahun dan proses pelupusan dilakukan dengan cara dihantar ke ladang sawit RISDA untuk diproses sungkupan bagi tujuan kelembapan tanah pada mulanya.

Justeru, RISDA ESTATES mengambil inisiatif memproses sisa sawit untuk dijadikan makanan kepada haiwan ternakan dengan lebih cekap dan efisien serta beroleh pendapatan selain digunakan untuk sungkupan sahaja.

Kilang sawit RISDA Durian Mas dibina dengan tujuan menjana pendapatan melalui kerja-kerja pemprosesa­n buah tandan sawit yang dikeluarka­n ladang RISDA dan pembekal dari luar Terengganu.

Kilang sawit RISDA telah merekodkan keuntungan sebanyak RM19 juta dan keuntungan yang diperoleh pada tahun lalu adalah sebanyak RM2.3 juta.

RISDA ESTATES dipertangg­ungjawabka­n untuk mengurus 24 buah ladang RISDA di seluruh negara dan RISDA ESTATES juga bertanggun­gjawab menguruska­n tiga kilang sawit milik RISDA iaitu di Durian Mas di Keratong, Pahang dan di Sungai Ambat, Johor.

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) merasmikan Kilang Sawit RISDA Durian Mas.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) merasmikan Kilang Sawit RISDA Durian Mas.
 ??  ?? Dato’Sri Ismail SabriYaako­b melawat dan mendengar taklimat berkenaan Kilang MakananTer­nakan Durian Mas.
Dato’Sri Ismail SabriYaako­b melawat dan mendengar taklimat berkenaan Kilang MakananTer­nakan Durian Mas.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada salah seorang tetamu cilik Majlis Jamuan Hari Raya RISDA ESTATES.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada salah seorang tetamu cilik Majlis Jamuan Hari Raya RISDA ESTATES.
 ??  ?? (Dari kiri) Dato Mohd Salim Sharif, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Zahidi Zainul Abidin pada sidang media perasmian Kilang Makanan Ternakan Durian Mas.
(Dari kiri) Dato Mohd Salim Sharif, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Zahidi Zainul Abidin pada sidang media perasmian Kilang Makanan Ternakan Durian Mas.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (kiri) melihat cara pembungkus­an makanan ternakan dari sisa sawit.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (kiri) melihat cara pembungkus­an makanan ternakan dari sisa sawit.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) merasmikan Kilang Makanan Ternakan Durian Mas.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) merasmikan Kilang Makanan Ternakan Durian Mas.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memetik buah tin segar di rumah pelindung hujan yang terletak di Kilang Makanan Ternakan Durian Mas.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memetik buah tin segar di rumah pelindung hujan yang terletak di Kilang Makanan Ternakan Durian Mas.
 ??  ??
 ??  ?? MENARIK: Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (kanan) tertarik dengan produk yang dihasilkan daripada buah tin.
MENARIK: Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (kanan) tertarik dengan produk yang dihasilkan daripada buah tin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia