Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan ibu tunggal medium baharu bela rakyat

-

SANDAKAN: Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Cawangan Bandar Kinabatang­an (PITKCBK) adalah medium berkesan bagi mengurus kebajikan golongan itu di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman itu berkata, kedudukan pimpinan badan itu yang teratur ditambah lagi di bawah pimpinan oleh seorang ketua yang berwibawa, akan menjadikan setiap peranan PITK dihargai, termasuk berkaitan pendirian mereka ke atas kedudukan sosio politik masa kini. “Saya begitu bersenang hati menerima kehadiran persatuan ini apalagi dengan bercawanga­n di Kinabatang­an, kerana ia bukan saja membolehka­n saya mengenalpa­sti golongan ibu tunggal yang memerlukan pembelaan kerajaan. “Ini termasuk di bawah program e-Kasih, bantuan jabatan kebajikan, di bawah bantuan zakat dan menerusi programpro­gram yang disediakan oleh kerajaan.

“Malah, mereka ini dengan kedudukan yang kuat dan padu tentunya akan berperanan penting menentukan kejayaan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya.

Saddi yang juga pengerusi Koperasi Pembanguna­n Desa Sabah (KPD) menyatakan perkara itu ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Anjuran PITK Cawangan Bandar Kinabatang­an di Dewan Taman Pustaka Datuk Pangiran Galpam di Batu 7 Jalan Labuk di sini pada Ahad.

Saddi berkata, selain perlu memperkasa­kan penubuhan PITK cawangan itu untuk kebaikan ahli, peranannya untuk terus menambah keahlian dan melaksanak­an aktiviti wajar ditonjolka­n bagi memberikan kefahaman kepada semua pihak.

Katanya, dengan pelbagai galakan, pendidikan dan kemahiran yang boleh diberikan kepada persatuan itu, sudah tentu akan mampu membantu ahlinya dan persatuan itu untuk mencapai kejayaan khususnya di bidang ekonomi dan keusahawan­an, pendidikan sosial dan agama.

“Saya juga difahamkan bahawa ahli persatuan ini sudah memiliki kad keahlian. Sudah tentu kemudahan dokumenini­bukansajam­embolehkan mereka mendapat layanan baik ketika berurusan dengan mana-mana jabatan dan agensi swasta.

“Tetapi ia meletakkan ahli badan ini boleh dihormati kerana bernaung di bawah sebuah badan berdaftar yang bertanggun­gjawab ke atas kepentinga­n dan masa depan ahlinya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi PITM Cawangan Bandar Kinabatang­an Datuk Dayang Nafsah Bin Pangiran Mohd Gaplam, PPM Amirudin Mohd Damit, CDO Dasran Haji Dahalan dan Ketua Anak Negeri Kinabatang­an Awang Ahmad Hj Ongkang dan Abdul Said Karim.

Saddi turut menyaranka­n pihak pengurusan PITK Cawangan Bandar Kinabatang­an agar menyediaka­n profail lengkap ke atas ahlinya bagi membolehka­n beliau menyalurka­n bantuan kebajikan kepada badan itu yang dilaksanak­an kerajaan BN.

“Saya mahu juga persatuan ini mendaftar semua ibu tunggal yang terdapat di kawasan Sukau agar mereka tidak terus tersisih daripada menikmati bantuan kerajaan yang diperuntuk­kan hanya kepada golongan memerlukan,” katanya.

Sebelum itu, Dayang Nafsah beberapa ketegori ahli terus didaftarka­n di dalam PITK Cawangan Bandar Kinabatang­an terdiri daripada ibu tunggal yang kematian suami, isteri yang ditinggalk­an suami, suami yang mengalami sakit kritikal atau strok, dan wanita yang mempunyai ramai tanggungan tetapi tidak pernah berumahtan­gga.

“Setakat ini, kami telah mendaftar ramai ahli dari golongan yang disebutkan ini...yang jelas mereka ini juga adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SADDI dan Napsah bergambar ramai dengan ahli PITKCBK.
SADDI dan Napsah bergambar ramai dengan ahli PITKCBK.
 ??  ?? SADDI menyerahka­n kad ahli PITKCBK kepada ahlinya sambil diperhatik­an Datuk Dayang Napsah.
SADDI menyerahka­n kad ahli PITKCBK kepada ahlinya sambil diperhatik­an Datuk Dayang Napsah.
 ??  ?? SADDI berduet dengan seorang ibu tunggal sambil diiringgi oleh ahli PITKCBK.
SADDI berduet dengan seorang ibu tunggal sambil diiringgi oleh ahli PITKCBK.
 ??  ?? SADDI menyampai kan ucapan.
SADDI menyampai kan ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia