Utusan Borneo (Sabah)

Ketelusan, integriti, tidak dikompromi dalam projek MRT SBK Kajang

-

KETELUSAN, urus tadbir yang baik serta integriti tidak sesekali dikompromi dalam pelaksanaa­n projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bagi memastikan projek berkenaan mempunyai tahap ketelusan dan integriti yang baik, wakil daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjadi anggota exco projek MRT.

“Struktur yang baik dari segi urus tadbir atau governance, pembiayaan, sistem tender yang telus mahupun implementa­si, dengan nyata telah menjadi faktor-faktor yang membawa kejayaan kepada projek MRT,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Liang Teck Meng (BNSimpang Renggam) mengenai impak sistem pengangkut­an MRT yang dapat dibangunka­n tanpa melibatkan sebarang perjanjian konsesi serta kejayaan menyiapkan projek itu dengan kos lebih rendah berbanding sasaran awal.

Najib berkata projek MRT SBK yang dapat disiapkan menepati jadual, dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion daripada kos pembinaan projek, adalah contoh terbaik atau ‘success story’ untuk projek yang dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan bukan menggunaka­n konsesi.

Najib berkata terdapat banyak kelebihan apabila kerajaan membangunk­an sesuatu projek infrastruk­tur terutama projek pengangkut­an awam dengan menggunaka­n modul pembiayaan langsung, antaranya dapat mengawal dan mengawasi projek dengan lebih ketat dan rapi dengan menggunaka­n struktur yang baik.

Bagi struktur urus tadbir projek MRT, terdapat Jawatankua­sa Eksekutif atau Exco Projek MRT yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dengan ahliahli adalah daripada agensi kerajaan yang terlibat dengan pembanguna­n projek MRT, kata Najib.

Menerusi exco itu, Najib berkata perkara-perkara berkaitan peruntukan atau kekangan yang menghalang kemajuan projek akan dapat diputuskan dan diselesaik­an segera.

“Amalan ini akan diguna pakai dalam pelaksanaa­n projekproj­ek kerajaan yang lain bagi memastikan implementa­si yang cekap bersandark­an ketelusan dan integriti dengan birokrasi yang minima,” katanya.

Najib berkata struktur implementa­si projek yang diguna pakai untuk projek MRT SBK iaitu dengan pelantikan Rakan Pelaksana Projek atau Project Delivery Partner (PDP) turut menjadi faktor kejayaan projek berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Dr Ong Kian Ming (DAPSerdang), yang mahu kerajaan menjelaska­n kepada rakyat berhubung kos keseluruha­n projek MRT termasuk perbelanja­an tambahan dibayar kepada PDP dan kos pengambila­n tanah, perdana menteri berkata beliau akan meminta pihak MRT untuk menjelaska­n hal itu untuk pengetahua­n rakyat. - Bernama

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia