Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan Speaker muktamad

Tolak soalan berkaitan 1MDB

-

Saya dah dengar semua, saya dah bagi peluang, semua yang tak berpuas hati saya dah bagi peluang untuk beri penjelasan. DATUK SERI ISMAIL MOHAMED SAID Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Penolakan pertanyaan soal jawab lisan berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) pada sesi Dewan Rakyat kali ini, antara lain adalah disebabkan faktor subjudis, kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata keputusan penolakan itu dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan ia adalah muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat 99.

“Saya dah dengar semua, saya dah bagi peluang, semua yang tak berpuas hati saya dah bagi peluang untuk beri penjelasan.

“Sila rujuk Peraturan Mesyuarat 99, kalau kita tidak puas hati dengan keputusan Yang Berhormat Speaker. Keputusan Speaker adalah muktamad, kalau tidak puas hati boleh buat usul persendiri­an,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sesi soal jawab Dewan Rakyat sebelum itu kecoh selepas beberapa anggota Parlimen mempertika­ikan keputusan Speaker menolak pertanyaan mereka berkenaan isu itu.

Antara lain, Datuk Seri Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) mempertika­i penolakan soalannya sama ada kerajaan bersedia membentang­kan kertas putih bagi menjelaska­n campur tangan asing berkenaan skandal 1MDB.

Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) turut tidak berpuas hati selepas soalannya mengenai langkah kerajaan membersihk­an nama negara selepas banyak kenyataan dikeluarka­n Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) dilihat menjejaska­n nama negara turut ditolak atas sebab soalannya bersifat sangkaan.

Bagaimanap­un, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BNKinabata­ngan) berkata bukan hanya soalan anggota Parlimen pembangkan­g yang ditolak, malah soalannya mengenai mengapa anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng boleh membeli rumah di bawah harga pasaran turut ditolak Speaker.

“Soalan saya pun kena tolak tetapi saya lihat bahawa keputusan Speaker adalah muktamad, saya diam, kita ikut peraturan,” katanya. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia