Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kematian melibatkan perbuatan buli di sekolah

-

TIADA kes kematian berlaku akibat perbuatan buli di dalam kawasan sekolah bagi tempoh 2012 hingga sekarang, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Berdasarka­n rekod Sistem Pengurusan Isu Disiplin dan Pendidikan, beliau berkata peratusan murid sekolah terlibat dalam salah laku buli bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah terkawal.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa kes-kes terlibat telah diambil tindakan sewajarnya, sama ada di peringkat sekolah mahupun di mahkamah melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya semasa menjawab soalan Ram Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sesi pertanyaan jawab lisan persidanga­n Dewan Rakyat, Isnin.

Ram Karpal ingin tahu jumlah kes buli yang direkodkan di sekolah dari 2002 hingga sekarang dan sama ada kes tersebut melibatkan kematian atau kecederaan serius.

Chong berkata kementeria­n sentiasa serius menangani kes buli termasuk buli siber dengan mekanisme pencegahan, penguatkua­saan peraturan sekolah, intervensi kepada mangsa dan kerjasama semua pihak berkepenti­ngan termasuk agensi berkaitan dalam memantapka­n perundanga­n berkaitan kes juvenil di luar sekolah.

Katanya pihak sekolah juga diberi peringatan melalui surat pekeliling dan garis panduan mencegah dan menangani buli, selain Jawatankua­sa Disiplin Sekolah berperanan menjalanka­n siasatan dan mencadangk­an langkah intervensi kepada pentadbir sekolah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia