Utusan Borneo (Sabah)

Guna dana bantu kanak-kanak kurang upaya

- Oleh YUSOP TEPPO

PUSAT Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Sandakan diminta menggunaka­n sebaiknya dana disalurkan kerajaan khususnya dalam membantu kanak-kanak kurang upaya.

Penolong Pengarah Pejabat Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sandakan Kasrin Atchil berkata, ia kerana sumbangan disalurkan kerajaan itu bertujuan membantu golongan berkenaan yang memerlukan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Menurutnya, bagi tujuan itu, setiap pengerusi PDK diminta merancang aktiviti menjurus kepada perkembang­an kanak-kanak kurang upaya dan memastikan dana tidak digunakan kepada aktiviti yang kurang berfaedah.

Beliau berucap demikian pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya anjuran PDK Gum-Gum, di Sekolah Kebangsaan Seri Manis. Hadir sama, isteri kepada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datin Hajah Raisah Haji Jubar dan Pengerusi PDK Gum-Gum Rabbun Anggari.

Kasrin berkata, kerajaan baru-baru ini telah menyalurka­n dana sebanyak RM24,700 kepada PDK Gum-Gum.

Jelasnya, penyaluran dana berkenaan berikutan kerajaan prihatin tehadap semua golongan masyarakat di negeri ini termasukla­h kanak-kanak kurang upaya.

Sementara itu, Pengerusi PDK GumGum Rabbun Anggari menzahirka­n terima kasih kepada kerajaan kerana telah menyalurka­n dana kepada PDK Gum-Gum bagi pelaksanaa­n aktiviti untuk sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan setiap aktiviti yang dilaksanak­an membabitka­n kanak-kanak kurang upaya agar mereka merasa lebih dihargai selain membantu perkembang­an tumbesaran kanak-kanak berkenaan.

Pada majlis itu, Raisah yang juga penaung PDK Gum Gum menyampaik­an sumbangan hamper kepada pelatih PDK Gum Gum.

 ??  ?? RAISAH menyampaik­an hamper kepada pelatih PDK Gum Gum.
RAISAH menyampaik­an hamper kepada pelatih PDK Gum Gum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia