Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan mantap ahli Umno

Tunjang kekuatan kerajaan Barisan Nasional

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Sokongan mantap ahli akar-umbi terhadap komponen Barisan Nasional (BN) khususnya Umno, menjadi tunjang kekuatan kerajaan menerajui kepimpinan negara.

Selain itu, kesetiaan kepada pucuk kepimpinan negara juga adalah penting bagi membolehka­n perancanga­n pembanguna­n perdana oleh kerajaan dapat dilaksana secara mapan dan berterusan, tidak kira di kawasan bandar mahupun kawasan luar bandar.

Demikian antara lain ucapan Ketua Umno Bahagian Ranau merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno P.179 Ranau di Dewan Masyarakat Ranau yang dihadiri lebih 600 perwakilan serta para pemerhati dari parti-parti komponen BN di parlimen berkenaan.

Hadir sama ialah Setiausaha Umno Bahagian Keningau Hadimin Jumburi, Naib Ketua Umno Ranau Datuk Haji Jaimin Samitah, Naib Ketua Wanita Umno Ranau Rosnati Abd Rahim, Ketua Pemuda Umno Ranau Faez Nordin, Naib Ketua Puteri Umno Ranau Roslizah Naimin, Ahli Parlimen Ranau yang juga Pengerusi BN Ranau Datuk Dr Ewon Ebin, dan Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Ranau Datuk Dr Othman Minudin.

Menurut Masidi, Umno sejak pembentuka­n Malaysia dahulu jelas mempunyai peranan yang amat penting bagi mengetuai kepimpinan negara menerusi perkongsia­n kuasa dengan parti komponen BN yang lain.

“Justeru, kepimpinan kerajaan sekarang ini yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Ra z a k sebagai Perdana Menteri Malaysia harus dikekal dan diberikan sokongan padu.

“Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Perhubunga­n Umno Negeri Sabah juga harus dberikan sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya sambil membayangk­an kemenangan semua calon BN pada PRU-14, dengan undi majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13.

Menurutnya, sejak penubuhan Umno pada 71 yang lalu dan 26 tahun menjadi wadah rasmi di Sabah, antara nadi kekuatan parti adalah ‘suara keramat’ ahli dan rakyat.

Atas sebab itu, katanya, mesyuarat perwakilan bahagian bukan sekadar dilaksanak­an untuk memenuhi rutin dan tradisi parti, malah perlu dijadikan wahana yang berkesan dalam mengumpulk­an suara serta pandangan akar umbi termasuk agenda penting berkaitan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Saya berbangga mesyuarat ini berjalan lancar dan teratur untuk meneruskan perjuangan Umno sebagai parti pembela rakyat dan peneraju kemajuan negeri serta negara,” katanya.

Masidi seterusnya mengajak warga BN Parlimen Ranau supaya bersatu meletakkan Ranau antara daerah termaju di Sabah, sekaligus merealisas­ikan slogan ‘Ranau No.1’ dan ‘Ranau Dihatiku’.

Beliau mengumumka­n peruntukan RM29 juta daripada kerajaan Pusat untuk menaiktara­f bekalan air terawat di Daerah Ranau yang dijangka bermula Ogos depan dan siap dalam tempoh 10 bulan atau satu tahun.

“Inilah bukti keseriusan kerajaan BN membantu rakyat di negeri ini termasuk kita di daerah Ranau,” katanya sambil memaklumka­n projek lain yang bakal dilaksana di Ranau ialah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Petronas berdekatan Kompleks Sukan Ranau dan Muzium Tamadun Warisan Etnik Dusun berhampira­n Pekan Ranau.

Pada mesyuarat itu, pemilihan Perwakilan 7 ahli Umno Ranau ke Mesyuarat Agung Umno peringkat kebangsaan telah memilih Haji Junaidi Sahat, Haji Suhaimi Manjun, Johari Abdullah, Yuesri Ismail Yusof, Azman Mohd Yuni, Farehah Wasli dan Rosnitah Juari.

Dalam pada itu, Masidi telah menyampaik­an hadiah galakan berupa wang tunai kepada 30 pelajar cemerlang UPSR 2016 dan lima pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DUN Karanaan.

Mesyuarat berakhir dengan penyerahan borang menyertai Umno kepada Masidi daripada salah seorang mantan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranau, Radin Kingawan, 70, dari Kg Narawang.

Justeru, kepimpinan kerajaan sekarang ini yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia harus dikekal dan diberikan sokongan padu. Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Perhubunga­n Umno Negeri Sabah juga harus dberikan sokongan tidak berbelah bahagi. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Ketua Umno Bahagian Ranau

 ??  ?? MASIDI (empat kiri) bersama Jawatankua­sa Umno Ranau dan perwakilan melaungkan ‘Hidup BN’.
MASIDI (empat kiri) bersama Jawatankua­sa Umno Ranau dan perwakilan melaungkan ‘Hidup BN’.
 ??  ?? SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir.
SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir.
 ?? (Gambar atas) ?? RADIN Kingawan (kiri) menyerahka­n borang menyertai Umno kepada Masidi.
(Gambar atas) RADIN Kingawan (kiri) menyerahka­n borang menyertai Umno kepada Masidi.
 ??  ?? LAGI perwakilan dan pemerhati yang hadir.
LAGI perwakilan dan pemerhati yang hadir.
 ??  ?? ANTARA perwakilan yang hadir di mesyuarat itu.
ANTARA perwakilan yang hadir di mesyuarat itu.
 ??  ?? HADIMIN menerima cenderamat­a disampaika­n Masidi.
HADIMIN menerima cenderamat­a disampaika­n Masidi.
 ??  ?? PENGERUSI Tetap Waidi Laumin (kanan) dan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Ranau Ribin Abd Hamid.
PENGERUSI Tetap Waidi Laumin (kanan) dan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Ranau Ribin Abd Hamid.
 ??  ?? PERWAKILAN Umno cawangan Kg Suminimpod.
PERWAKILAN Umno cawangan Kg Suminimpod.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar cemerlang yang menerima hadiah galakan.
SEBAHAGIAN pelajar cemerlang yang menerima hadiah galakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia