Utusan Borneo (Sabah)

Bertekad terus berkhidmat untuk rakyat

Ewon tawar diri untuk menjadi calon dalam PRU-14

-

“Kalau saya bukan lagi menjadi pilihan rakyat atau saya sendiri berniat mahu mengundur diri dari arena politik maka, saya sendiri yang akan membuat kenyataan kepada umum secara terbuka melalui parti atau media massa, ” DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata selagi rakyat khususnya di Ranau memerlukan kepimpinan­nya maka beliau akan terus berkhidmat termasuk mahu menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

“Kalau saya bukan lagi menjadi pilihan rakyat atau saya sendiri berniat mahu mengundur diri dari arena politik maka, saya sendiri yang akan membuat kenyataan kepada umum secara terbuka melalui parti atau media massa,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan rakyat semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Kirokot, Kg Belisuk dan Kg Nabutan yang memohon penjelasan tentang khabar angin menyatakan beliau tidak akan bertanding lagi pada pilihan raya akan datang.

Ewon meminta rakyat agar tidak mendengar khabar angin kerana ia hanya akan mengeliruk­an malah boleh merosakkan semangat kesetiaan kepada pemimpin dan parti.

Menurut beliau, khabar angin itu mungkin sengaja dibuat oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab bagi kepentinga­n peribadi dan mahu memecah-belahkan perpaduan yang sedia terjalin.

“Mungkin juga khabar seperti itu dibuat oleh mereka yang takut akan bayangbaya­ng sendiri terutamany­a ketika negara dan negeri sedang di ambang pilihan raya umum.

“Justeru, abaikan semua khabar angin seperti itu tetapi teruslah bekerja kuat bagi memastikan pemimpin dan parti serta kerajaan yang benar-benar prihatin terhadap kepentinga­n rakyat akan terus memberikan perkhidmat­an terbaik dan memuaskan,” katanya.

Pada majlis di Kg Kirokot, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15 ribubagipe­mbaikanjam­batan gantung, RM10 ribu untuk pembaikan gereja SIB, RM1,000 untuk pendawaian elektrik balairaya serta dua mesin pengisar padi bagi kampung itu dan Kg Kilanas Baru.

Ewon yang juga presiden Pertubuhan Dusun Sabah Bersatu (Usda) telah menerima sebanyak 100 borang keahlian baharu daripadape­ndudukkamp­ung itu yang diserahkan Ketua Kampung Jiun Siga.

Sementara majlis di Kg Belisuk anjuran bersama Lembaga Industri Getah Sabah, beliau telah menyerahka­n sijil kawasan kelompokge­tahdanpera­latan menorah getah kepada seramai 23 peserta kursus menoreh getah dari Kg Belisuk dan Kg Maringkan.

Majlis di Kg Nabutan pula, Ewon telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15 ribu bagi pembaikan jambatan gantung Sungai Liwagu menuju ke kawasan perkebunan penduduk.

Beliau turut menyerahka­n 15 pasang baju tradisi kepada pergerakan wanita kampung itu serta menerima sebanyak 30 borang keahlian baharu parti Upko daripada belia kampung itu yang diserahkan Pengerusi JKKK Bagong Gusin.

Turut hadir di majlis itu, Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen, Pegawai Rela Ranau Awangku Damit Pg Yusof, Setiausaha Politik dan Sulit Datuk Siringan Gubat, James Ingguru dan Jaibi Dualis, dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Paginatan Georgina George.

 ??  ?? EWON (kanan) menyerahka­n 23 sijil kawasan kelompok getah di Kg Belisuk dan Kg Maringkan.
EWON (kanan) menyerahka­n 23 sijil kawasan kelompok getah di Kg Belisuk dan Kg Maringkan.
 ??  ?? EWON bersalaman dengan penduduk setibanya di dewan Kg Belisuk.
EWON bersalaman dengan penduduk setibanya di dewan Kg Belisuk.
 ??  ?? EWON (kiri) menyerahka­n sebanyak 15 pasang baju tradisi kepada pergerakan wanita di Kg Nabutan diwakili Yamini Sapanggal.
EWON (kiri) menyerahka­n sebanyak 15 pasang baju tradisi kepada pergerakan wanita di Kg Nabutan diwakili Yamini Sapanggal.
 ??  ?? EWON menyampaik­an sumbangan kepada Masjid Kampung Silou semasa menghadiri penutupan sambutan Hari Raya di Kg Lingkudau.
EWON menyampaik­an sumbangan kepada Masjid Kampung Silou semasa menghadiri penutupan sambutan Hari Raya di Kg Lingkudau.
 ??  ?? EWON menyampaik­an sumbangan kepada warga emas di Kampung Nabutan.
EWON menyampaik­an sumbangan kepada warga emas di Kampung Nabutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia