Utusan Borneo (Sabah)

Terpencil tapi tidak dilupa

Rakyat Tundun Buhangin dapat perhatian kerajaan

-

SUKAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberi perhatian serius kepada keperluan kesihatan rakyat, tidak terkecuali mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata ia terbukti dengan wujudnya kemudahan Bot Klinik Kesihatan Bergerak 1Malaysia yang telah beroperasi dengan berkesan di kampungkam­pung sepanjang Sungai K ina batangan sejak diwujudkan dua tahun lalu.

“Bot klinik bergerak ini bukan hanya berperanan menjalanka­n tugas merawat kalangan rakyat mengalami sakit-sakit yang terkawal, tetapi turut memantau sebarang kewujudan krisis penyakit berjangkit serta wabak.

“Malah agensi ini boleh menjadi mata dan telinga terhadap pencapaian tahap sosioekono­mi, keselamata­n dan pendidikan rakyat yang turut berpunca daripada tahap kesihatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri ketika merasmikan jeti khas Bot Klinik Kesihatan 1Malaysia di Kampung Tundun Buhangin, dua jam perjalanan bot laju dari Bandar Sandakan.

Saddi berkata, kemudahan bot kesihatan seumpama itu merupakan produk kebanggan dicetuskan kerajaan BN.

Jeti khas berkenaan yang siap dibina tahun lalu bernilai lebih RM100,000, digunakan bagi kemudahan bot klinik berkenaan berlabuh dan mengadakan operasi rawatan yang lebih selesa setiap kedatangan mereka ke Kg Tundun Buhangin.

Bot itu yang dilengkapi sembilan kakitangan termasuk seorang doktor pakar, juga meliputi unit tabung darah, rawatan untuk ibu mengandung dan beberapa lagi boleh memudahkan masyarakat kampung untuk mendapatka­n rawatan kesihatan tanpa perlu ke klinik dan hospital yang jauh.

“Walaupun bot ini berjadual seminggu sekali menemui rakyat di kampung-kampung sepanjang 460km Sungai Kinabatang­an, tetapi fungsi perkhidmat­annya begitu memadai buat sejumlah rakyat luar bandar DUN Sukau selain DUN Kuamut yang belum memiliki bangunan klinik,” katanya.

Saddi yang juga pengerusi Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) berkata rakyat dari segenap lapisan budaya dan agama di kawasan ini perlu terus menghargai sumbangan kerajaan menerusi khidmat bot berkenaan, demi kesejahter­aan hidup mereka.

Katanya, kerjasama dan sokongan itu penting termasuk melindungi dan memelihara kemudahan jeti bot klinik berkenaan, selain menjaga adat dan tatasusila mereka ketika berhadapan kakitangan bot klinik berkenaan sewaktu memberi rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, kewujudan pangkalan pasukan keselamata­n mewakili agensi Esscom, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sekitar Kg Tundun Buhangin meletakkan kehidupan lebih 300 penduduk di situ jauh lebih selamat daripada kawasan tertentu.

“Maka dengan adanya perlindung­an keselamata­n yang sepadu, diikuti pengawasan kesihatan yang juga mantap, rakyat di sekitar kampung ini nampaknya hanya perlu memberikan tumpuan kepada soal kebajikan hidup mereka.

“Inilah cara kerajaan BN memberikan perhatian dan pembelaan kepada rakyat. Kerajaan tidak perlu minta apa-apa balasan. Melainkan rakyat hanya perlu terus menyokong kesinambun­gan pemerintah­an kerajaan ini setiap musim pilihan raya termasukla­h PRU-14 ini,” katanya.

Saddi kemudianny­a menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tundun Buhangin yang dipengerus­ikan Azman Agoi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi JKKK Abdul Hamid Unoh, Pegawai Kesihatan Kinabatang­an Dr Maini Sabai, PPM Amirudin Mohd Damit, Ketua Anak Negeri Kinabatang­an Said Abdul Karim, Pemaju Mukim Litang Japar Yusup dan Ketua Kampung Tundun Pulok Ahmad.

Bot klinik bergerak ini bukan hanya berperanan menjalanka­n tugas merawat kalangan rakyat mengalami sakit-sakit yang terkawal, tetapi turut memantau sebarang kewujudan krisis penyakit berjangkit serta wabak. DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

 ??  ?? SADDI melakukan ‘walkabout’ di Kampung Tundun Buhangin.
SADDI melakukan ‘walkabout’ di Kampung Tundun Buhangin.
 ??  ?? SADDI bergambar bersama penduduk Kg Tundun Buhangin.
SADDI bergambar bersama penduduk Kg Tundun Buhangin.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an ucapan Aidilfitri di Tundun Buhangin.
SADDI menyampaik­an ucapan Aidilfitri di Tundun Buhangin.
 ??  ?? SADDI merasmikan Jeti 1Malaysia di Tundun Buhangin.
SADDI merasmikan Jeti 1Malaysia di Tundun Buhangin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia