Utusan Borneo (Sabah)

KRT, SRS perlu efektif bantu kekal perpaduan dan perangi jenayah

-

TAWAU: Kawasan Rukun tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu terus memainkan peranan yang lebih efektif di peringkat komuniti masing-masing bagi membantu kerajaan mengekalka­n perpaduan dan memerangi jenayah di peringkat akar umbi.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata usaha untuk mengekalka­n hubungan baik dan keharmonia­n merupakan satu tanggungja­wab dan perjuangan berterusan yang harus diamal oleh semua rakyat.

“SRS yang diberi satu nafas baharu akan menjamin rakyat Malaysia mengekalka­n keharmonia­n dan kedamaian di negara kita. Saya percaya sifat tolak ansur, kesederhan­aan dan nilai murni seperti integriti akan mengukuhka­n lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Beliau berharap KRT dan SRS saling bekerjasam­a serta berhubung rapat dengan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) masing-masing untuk sama-sama merangka dan menganjurk­an program serta aktiviti kemasyarak­atan supaya ia tidak bertindih.

“Dengan adanya bantuan daripada pasukan SRS yang ditubuhkan oleh pihak KRT, banyak membantu usaha mencegah jenayah terutamany­a melibatkan jenayah harta benda seperti curi kenderaan dan pecah rumah.

“Usaha SRS dan KRT melakukan rondaan yang lebih kerap terbukti berjaya mengurangk­an kadar jenayah di sesuatu kawasan serta mengelak kebergantu­ngan sepenuhnya kepada polis. Penubuhan SRS merupakan salah satu langkah terbaik yang mampu mengurangk­an kadar jenayah di sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika merasmikan Majlis Tautan Kasih Perpaduan Lebaran Rukun Tetangga Daerah Tawau di Dewan Arena Belia Daerah Tawau pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, Delin Liet Blaun serta ahli Skim Rondaan Sukarela dan pemimpin masyarakat.

Menurut Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu, SRS dan KRT mampu meningkatk­an hubungan antara masyarakat dan pemimpin setempat di samping memperkasa aspek keselamata­n awam.

“SRS menjadi platform terbaik untuk pemimpin dan rakyat bekerjasam­a dengan pasukan keselamata­n ke arah meningkatk­an keselamata­n orang awam di kawasan masingmasi­ng.

“Selain membantu polis meningkatk­an keselamata­n orang ramai, skim ini secara tidak langsung menimbulka­n kesedaran dan tanggungja­wab masyarakat memastikan keselamata­n di setiap kawasan perkampung­an atau perumahan di bandar.

“Saya percaya apabila ada kesedaran itu dalam diri masingmasi­ng, sudah pasti keselamata­n kawasan sekitar akan terjamin sekali gus membolehka­n kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.

Beliau juga menyeru agar setiap KRT di daerah Tawau dapat digerakkan dengan lebih aktif dan konsisten memandangk­an Rukun Tetangga merupakan agen perpaduan.

“Rancanglah program kerjasama dengan agensiagen­si keselamata­n kerajaan seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pertanian, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia dan sebagainya.

“Hal ini bagi memastikan tahap keselamata­n di KRT terpelihar­a terutamany­a di kawasan-kawasan berisiko tinggi terutamany­a di Tawau terletak di kawasan Esszone,” katanya.

Jelas beliau, aspek keselamata­n merupakan antara isu utama dalam menjamin keharmonia­n dan kesejahter­aan mana-mana penempatan manusia.

“Tidak kiralah semasa zaman penempatan awal manusia sehinggala­h ke zaman moden ini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan keselamata­n satu-satu kawasan penempatan.

“Kaedah yang paling berkesan dalam menjamin tahap keselamata­n sesuatu komuniti memerlukan penglibata­n menyeluruh masyarakat setempat seperti kerahan tenaga yang dilakukan di zaman silam dan skim rondaan yang kita adakan ini,” katanya.

Hamisa turut mengingatk­an KRT dan SRS bahawa bukannya kuantiti yang dititik-beratkan tetapi kualiti dan keberkesan­an Rukun Tetangga itu sendiri dalam melaksanak­an fungsi serta peranan khususnya di dalam melaksanak­an program perpaduan di kawasan masingmasi­n haruslah berada pada tahap yang cemerlang.

Dalam majlis itu, beliau turut mengucapka­n tahniah kepada dua KRT dan dua SRS iaitu KRT Taman Ranggu Saujana dan KRT Taman Semarak Megah serta SRS Kg Blok 31 dan SRS Taman Ranggu Saujana di atas komitmen kesukarela­an kedua-dua badan itu.

 ??  ?? PERASMIAN Rukun Tetangga dan SRS baharu oleh Hamisa.
PERASMIAN Rukun Tetangga dan SRS baharu oleh Hamisa.
 ??  ?? HAMISA menyampaik­an duit raya kepada murid Tadika Perpaduan Daerah Tawau.
HAMISA menyampaik­an duit raya kepada murid Tadika Perpaduan Daerah Tawau.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N Notis Penempatan Rukun Tetangga dan SRS bagi dua kawasan baharu.
PENYAMPAIA­N Notis Penempatan Rukun Tetangga dan SRS bagi dua kawasan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia