Utusan Borneo (Sabah)

Klinik UPSR Siri 2 tingkat pencapaian pelajar dalam peperiksaa­n

-

TAWAU: Empat badan bukan kerajaan (NGO) bergabung tenaga menganjurk­an Klinik UPSR Abad Ke-21 dalam usaha meningkatk­an prestasi keputusan peperiksaa­n UPSR pada September nanti.

NGO terlibat terdiri daripada Yayasan Pendidikan Al Azharri Siddiq (Yapas), Rukun Tetangga Taman Wawasan (RTW), Jawatankua­sa Masjid Taman Wawasan dan Persatuan Rumpun Bugis Melayu (PRBM).

Ketua Lembaga Pengarah Yayasan Pendidkan Al Azharri Siddiq yang berpengkal­an di Kuala Lumpur, Haji Al Azharri Siddiq Kamunri yang merupakan penaja utama program itu berkata program bertujuan membangunk­an sahsiah serta memajukan pendidikan para pelajar supaya selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan insan yang cemerlang serta boleh bersaing di peringkat global.

“Yayasan akan memberi fokus kepada aspek seminar pendidikan, klinik peperiksaa­n, ceramah motivasi dan membanguna­n kendiri pelajar bagi melahirkan pelajar yang memiliki akhlak mulia serta mempunyai pendidikan yang berteraska­n nilai-nilai murni,” katanya.

Jelasnya, program itu dapat membantu para pelajar untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaa­n UPSR dan secara tidak langsung meningkatk­an keyakinan diri mereka.

Tambahnya, program itu juga dapat membantu para pelajar mencari serta mengenal potensi untuk membina keyakinan diri, menanam sikap mementingk­an kaedah pembelajar­an yang berkesan, memberikan para pelajar persediaan fizikal dan mental ke arah kecemerlan­gan potensi, membantu mendapatka­n keberkatan ilmu sebelum menghadapi UPSR.

Pengerusi RTW Rahman Sampe berkata program bermula seawal jam 7 pagi hingga 6 petang itu dikhususka­n kepada para pelajar yang menetap di Taman Wawasan serta anakanak ahli Rukun Tetangga yang menetap di sekitar taman itu.

Katanya, serama 32 pelajar telah menghadiri klinik itu yang dikendalik­an oleh empat jurulatih negeri dan Daerah Tawau yang memiliki kepakaran dalam mata pelajaran masingmasi­ng iaitu, Jamaluddin Mustaring (Matematik), Hajah Norshakila (Bahasa Inggeris), Hajah Warisah Yappa (Sains) dan Hajah Normah Kamunri (Bahasa Melayu).

“Kepakaran para jurulatih ini memainkan peranan penting untuk mengintegr­asikan ilmu yang mereka miliki khususnya dalam teknik menjawab soalan berdasarka­n format Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk disampaika­n kepada para peserta.

“Klinik ini merupakan kesinambun­gan program tahun lalu yang telah dirancang bagi mengukuhka­n keyakinan diri, memberi kesedaran dan persediaan awal kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaa­n UPSR nanti,” katanya.

 ??  ?? PESERTA Klinik UPSR Siri 2 merakamkan gambar kenangan bersama Norshakila dan Jamaluddin (dua dari kanan).
PESERTA Klinik UPSR Siri 2 merakamkan gambar kenangan bersama Norshakila dan Jamaluddin (dua dari kanan).
 ??  ?? JAMALUDDIN menunjukka­n cara menjawab soalan Matematik.
JAMALUDDIN menunjukka­n cara menjawab soalan Matematik.
 ??  ?? AL AZHARRI
AL AZHARRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia