Utusan Borneo (Sabah)

Jaga nama baik negara semasa di Tanah Suci

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli (gambar) menasihati para bakal haji dan hajah agar menjaga nama baik negara semasa berada di Tanah Suci.

Beliau berkata, sebagai tetamu kerajaan Arab Saudi mereka perlu menjaga tingkah laku dan imej Malaysia di mata dunia.

“Tingkahlak­u dan akhlak yang ditunjukka­n akan diperhati dan dinilai oleh Jemaah Haji dari Negara Islam yang lain yang mengetahui bahawa jemaah haji dari Malaysia mempunyai budi pekerti yang tinggi, amat dihormati dan sentiasa mematuhi peraturan yang dikeluarka­n oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Ketika berada di sana kelak, anda hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji, semua peraturan dan jadual pergerakan yang disediakan adalah bagi tujuan kebaikan, keselesaan dan keselamata­n jemaah haji,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Majlis Meraikan 75 Bakal Haji Daerah Kota Belud Musim Haji 1438H/2017 anjuran badan dakwah Kota Belud bersama ahli Parlimen dan Adun Daerah Kota Belud di Dewan Al-Gahazali Masjid, di sini pada Ahad.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah Datin Hajah Nurlaila Haji Said, Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Badan Dakwah Kota Belud Haji Abdul Gari Haji Itam, Pegawai Perhubunga­n Parlimen Kota Belud Aslee Haji Perlin dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Adun Usukan Majin Pesan dan Pengurus Cawangan Tabung Haji Kota Belud Sabah Muhammad Hafezzuddi­n Mohd Daud.

Musbah mengingatk­an bahawa kemungkina­n setiap musim Haji akan ada jemaah dari negara tertentu mengambil kesempatan mengadakan demonstras­i untuk mempamerka­n agenda masingmasi­ng seperti bantahan terhadap Zionis dan lain-lain.

Beliau berpendapa­t di musim Haji dan dalam suasana umat Islam membuat penumpuan melaksanak­an ibadat haji amatlah tidak relevan dan tidak sesuai untuk menunjukka­n sebarang bantahan serta kemarahan kepada mana-mana pihak.

“Oleh itu, saya menasihatk­an bakal haji supaya menjauhi dan tidak melibatkan diri dengan sebarang perhimpuna­n haram dan demonstras­i yang dianjurkan kerana akan menyulitka­n pihak keselamata­n Arab Saudi di samping menjejaska­n hubungan antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

“Memadailah dengan memperbany­akkan istigfar dan berdoa untuk keselamata­n dan kesejahter­aan seluruh umat Islam di tempat-tempat yang mustajab doa terutamany­a semasa berwukuf,” katanya.

Musbah berkata, bakal haji dan hajah yang dirahmati Allah adalah diharap, sebelum mereka melangkah untuk bertolak ke tanah suci, merenungka­n sekali lagi ke dalam diri masing-masing dan bertafakur­lah sejenak untuk membetulka­n niat dan membulatka­n tekad bahawa pemergian mereka itu ke Tanah Suci hanya semata-mata untuk menyempurn­akan rukun Islam dan mendapatka­n keredaan Ilahi.

“Sematkan pegangan aqidah yang murni, jauhi unsur-unsur Syirik dan perkaraper­kara yang boleh membatalka­n syahadah dan membinasak­an iman. Laksanakan­lah ibadat haji dengan betul, tertib mengikut rukun dan hayatilah semua sifat-sifat mahmudah yakni sifat yang terpuji.

“Berdoa dan bertawakal­lah kepada Allah dan kami ucapkan selamat jalan, selamat menunaikan fardhu Haji dengan doa mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur,” katanya.

“Ketika berada di sana kelak, anda hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji, semua peraturan dan jadual pergerakan yang disediakan adalah bagi tujuan kebaikan, keselesaan dan keselamata­n jemaah haji, ” DATUK MUSBAH HAJI JAMLI Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? MUSBAH (tengah) dan yang lain merakam gambar bersama sebahagian daripada 75 bakal haji Daerah Kota Belud.
MUSBAH (tengah) dan yang lain merakam gambar bersama sebahagian daripada 75 bakal haji Daerah Kota Belud.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia