Utusan Borneo (Sabah)

Kecemerlan­gan pelajar bukan tugas guru semata

-

KOTA BELUD: Tugas untuk memantapka­n kecemerlan­gan pendidikan pelajar bukan hanya tugas guru sematamata, sebaliknya ia perlu diiringi dengan kerjasama ibu bapa dan masyarakat setempat di sesebuah sekolah.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Hj Musbah Jam l i menegaskan PI B G perlu memainkan peranan penting sebagai wadah bagi mempertaut­kan kedua-dua belah pihak agar kesepakata­n antara ibu bapa serta guru-guru terus wujud dan berpadu.

Menurutnya, antara penyebab sesuatu sekolah menghadapi penurunan kecemerlan­gan daripada segi akademik ialah terdapatny­a sikap saling menuding jari antara sesama seterusnya kurangnya pengertian dan empati.

“Hal-hal begini walaupun nampak agak remeh, namun sebenarnya menampilka­n impak yang besar. Justeru, demi kecemerlan­gan pendidikan anak-anak kita, permuafaka­tan dan saling bersikap terbuka merupakan resepinya yang paling terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Tamau, anjuran PIBG SK Tamau di dewan sekolah berkenaan.

Turut hadir di majlis itu ialah Guru Besar SK Tamau Ramli Daud, YDP PIBG SK Tamau Razak Rakunman dan Presiden GMP Japlin Asrakal.

Mu s bah berkata, kehadiran ramai dalam sambutan rumah terbuka Aidilfiri SK Tamau kali ini merupakan penanda aras betapa sekolah itu bakal menghasilk­an modal insan yang cemerlang pada masa hadapan.

“Secara psikologin­ya, pelajar akan berasa dihargai dan berbangga apabila melihat kehadiran ibu bapanya di sekolah, apatah lagi ketika melihat ibu bapanya berbual-bual mesra dengan guru. Pelajar melihat peristiwa sekecil ini sebagai sesuatu yang amat bermakna.

“Meskipun Syawal bakal berlalu, tetapi sikap saling bermaafan perlu wujud dalam diri kita pada setiap saat. Kerana dengan begitu, bermakna hati kita semakin tulus yang akhirnya menatijahk­an semua yang baik-baik untuk dunia kita,” katanya.

Antara pengisian dalam program berkenaan ialah Pertanding­an Lagulagu Hari Raya yang disertai oleh para pelajar dan ibu bapa, Pakaian Tercantik, Cabutan Tiket Bertuah dan Pertanding­an Gerai Tercantik yang disertai oleh sepuluh gerai.

Warung Pak Belalang Kampung Pintasan dinobatkan sebagai gerai tercantik apabila menyediaka­n juadah unik untuk pengunjung seperti Sate Ayam dari Cairo, Murtabak Harum Kasim Baba, Kek Puteri Bujur Sirih Puracendan­a dan Pulut Janda Berhias Turkminist­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia