Utusan Borneo (Sabah)

60 usahawan hadiri Bengkel eUsahawan Bersama Qhalifah Liew

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 60 usahawan telah menyertai Bengkel eUsahawan Bersama Qhalifah Liew yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Keningau.

Bengkel yang julung kali diadakan di daerah ini itu adalah anjuran bersama Biro Pendidikan Umno Bahagian Keningau dan Pemuda Umno Keningau dengan tujuan memberi kefahaman serta ilmu tentang perniagaan dalam talian yang dikendalik­an oleh penceramah Rimie Liew @ Qhalifah Liew.

Penutupan bengkel telah disempurna­kan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Umno Keningau Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik mewakili Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Karno.

Dalam ucapannya, Yazid berkata perniagaan dalam talian mempermuda­hkan urusniaga bukan sahaja untuk pelanggan malahan kepada peniaga sendiri.

Katanya, dengan bantuan dan pemantauan kerajaan, perniagaan dalam talian dapat melahirkan lebih ramai jutawan dan memudahkan urusan harian rakyat.

“Perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa kini kerana kaedah perniagaan ini mudah dimula dan dijalankan dengan modal yang rendah.

“Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam setiap hari. Dengan penggunaan teknologi yang canggih, kini membolehka­n pengguna internet membeli belah dalam talian pada bilabila masa dan di mana sahaja,” katanya.

Yazid yang juga Ahli Jawatankua­sa Bahagian Umno Keningau berkata risikonya lebih rendah dan peniaga dapat menguruska­n sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah ramai pekerja.

Katanya, bengkel itu yang diadakan amat tepat dan sesuai pada masanya dalam menghadapi perniagaan yang lebih mencabar.

Harapan beliau, semoga ilmu yang dikongsi oleh penceramah dapat diguna pakai dalam menjalani perniagaan yang diceburi.

Justeru, katanya, peniaga yang memilih kaedah perniagaan itu dapat menikmati kebebasan atau fleksibili­ti waktu kerja tanpa menjejaska­n sumber pendapatan mereka.

 ??  ?? YAZID (berdiri tengah, berbaju putih) bersama Qhalifah dan para peserta selepas bengkel itu.
YAZID (berdiri tengah, berbaju putih) bersama Qhalifah dan para peserta selepas bengkel itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia