Utusan Borneo (Sabah)

Prolink2u lebarkan sayap ke Sabah

Buka stokis Biosteen pertama di Sandakan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Prolink2u, anak syarikat Luxury Prolink Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat terlibat dalam bidang trading berkaitan dengan produk supplemen jenama Biosteen, kini melebarkan sayapnya ke Sabah dengan membuka stokis pertama di Sandakan.

Stokis Negeri Sabah di Sandakan ini merupakan stokis negeri yang keempat dibuka oleh syarikat ini selepas Pahang, Perlis dan Selangor.

Terdapat 16 master stokis di seluruh negara dan Sabah sahaja ada lima iaitu di Sandakan, Tawau, Kinabatang­an, Beluran dan Lahad Datu. Syarikat ini ditubuhkan pada 13 Januari 2014 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.

Dengan tagline ‘Strategic Business Partnershi­p’,

Prolink2u menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk bersamasam­a mereka sebagai rakan niaga dan menikmati keuntungan syarikat bersama-sama setiap bulan.

Pihak pengurusan Prolink2u Stokis Negeri Sabah pada Ahad telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Syarikat Luxury Prolink Sdn Bhd Datuk Abdul Latif Adol.

Abdul Latif berkata, produk Biosteen telah berada di pasaran hampir sedekad, dan percaya ia terus kekal sebagai pilihan pengguna.

“Biosteen adalah minuman ekstrak manggis nombor satu di negara ini, mengandung­i herba terpilih yang dapat membantu kesihatan luaran dan dalaman tubuh.

“Pada awalnya, kami menghasilk­an empat produk minuman dan kesihatan, tetapi Biosteen yang kekal sehingga kini kerana permintaan tinggi di samping kesannya yang positif,” katanya.

Abdul Latif berkata, Biosteen juga sesuai untuk semua peringkat umur dan pelbagai golongan bermula umur setahun dan ke atas.

Beliau berkata Biosteen boleh didapati dengan harga RM100 sekotak untuk Semenanjun­g Malaysia dan RM106 untuk Sabah dan Sarawak dengan ejen sah.

Abdul Latif yang merupakan pengasas bagi syarikat ini memberitah­u sehingga kini, Biosteen mempunyai 1,000 rakan niaga di seluruh negara dan empat stokis negeri di empat negeri.

Sementara itu, Pengurus Stokis Negeri Sabah Sri Wani Haji Mohamad Usin berkata sehingga hari ini produk Biosteen yang sudah dijual di negeri ini sebanyak 11 ribu botol (sekotak).

Beliau berkata seramai 507 orang mendaftar sebagai ahli di negeri ini dan menyasarka­n peningkata­n dalam beberapa bulan akan datang.

Mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri itu, beliau berkata ia sebahagian usaha memperkena­lkan produk sekaligus mengeratka­n silaturahi­m kalangan ahli.

“Pada

awalnya, kami menghasilk­an empat produk minuman dan kesihatan, tetapi Biosteen yang kekal sehingga kini kerana permintaan tinggi di samping kesannya yang positif.” DATUK ABDUL LATIF ADOL Pengarah Urusan Syarikat Luxury Prolink Sdn Bhd

 ??  ?? WANI (dua kiri) dan Darwis (dua kanan) bersama suami serta isteri masing-masing bergambar bersama Abdul latif dan isteri.
WANI (dua kiri) dan Darwis (dua kanan) bersama suami serta isteri masing-masing bergambar bersama Abdul latif dan isteri.
 ??  ?? MEREKA yang hadir bergambar bersama Abdul Latif, Wani dan Darwis.
MEREKA yang hadir bergambar bersama Abdul Latif, Wani dan Darwis.
 ??  ?? ABDUL Latif, Wani dan Darwis bergambar bersama tetamu yang hadir.
ABDUL Latif, Wani dan Darwis bergambar bersama tetamu yang hadir.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur bergambar bersama Abdul Latif.
JAWATANKUA­SA penganjur bergambar bersama Abdul Latif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia