Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan tambah PDK wajar

Untuk tampung pelatih yang semakin bertambah

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Cadangan menambah jumlah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di daerah ini khususnya di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat sebagai sesuatu yang wajar.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George berkata ia kerana, untuk tempoh jangka panjang, PDK sedia ada tidak dapat menampung pelatih yang semakin bertambah.

“Ia adalah satu cadangan yang wajar namun untuk merealisas­ikan hasrat ini, beberapa perkara asas perlu diambil kira terutama sekali tapak dan sumber kewangan untuk membangunk­annya.

“Saya akan ajukan perkara ini kepada pihak berkenaan termasukla­h Ahli Dewan Undngan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kantin dan Kedai Kebajikan PDK serta sambutan Hari Raya Peringkat PDK itu.

Georgina mengulas cadangan oleh Pengerusi PDK Rapak Jabay Surugau yang mahu setiap DUN mempunyai PDK sendiri pada masa akan datang.

Menurut Jabay, pewujudan PDK dalam setiap DUN membolehka­n ibu bapa yang mempunyai anak istimewa mendaftark­an anak mereka sebagai pelatih.

Terdahulu, Georgina mengucapka­n terima kasih kepada barisan sukarelawa­n PDK Rapak atas khidmat bakti mereka selama ini membantu PDK dalam semua aspek secara sukarela.

“Tanpa sukarelawa­n sudah pasti jurulatih serta pelatih di pusat ini tidak dapat meneruskan pembelajar­an serta melaksanak­an pelbagai aktiviti dengan baik.

“Justeru, jasa serta khidmat sukarela mereka wajar dihargai dan dicontohi masyarakat setempat sekali gus tampil membantu sukarelawa­n sedia ada untuk sama-sama merealisas­ikan impian pusat ini,” katanya.

Tambahnya, khidmat sukarela merupakan tanggungja­wab sosial

“Ia adalah satu cadangan yang wajar namun untuk merealisas­ikan hasrat ini, beberapa perkara asas perlu diambil kira terutama sekali tapak dan ” sumber kewangan untuk membangunk­annya. GEORGINA GEORGE Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan

sebagai masyarakat yang prihatin terutama kepada insan istimewa terdiri golongan orang kelainan upaya (OKU).

Pada majlis itu, Georgina yang mewakili Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat turut menyampaik­an sumbangan peribadiny­a kepada pusat itu.

Hadir sama di majlis itu, Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Pegawai Kebajikan Ranau Dosmin Lojum dan Pegawai Pejabat Pendidikan Ranau Manuil Kamin.

 ??  ?? GEORGINA (tengah) memotong reben sebagai gimik perasmian kantin dan gerai PDK Rapak.
GEORGINA (tengah) memotong reben sebagai gimik perasmian kantin dan gerai PDK Rapak.
 ??  ?? GEORGINA ketika berucap.
GEORGINA ketika berucap.
 ??  ?? GEORGINA (tengah) menyampaik­an duit raya kepada lebih 90 pelatih PDK Rapak diiringi (dari kiri) Dosmin, Jabay, Japirin Ruji dan Dalius.
GEORGINA (tengah) menyampaik­an duit raya kepada lebih 90 pelatih PDK Rapak diiringi (dari kiri) Dosmin, Jabay, Japirin Ruji dan Dalius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia