Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan johan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Labuan 2017

-

LABUAN: SMK Labuan mengunggul­i Pertanding­an Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan di SMK Lajau.

Lebih menarik, peserta SMK Labuan, Nigel Llaleta Goh dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik pada pertanding­an akhir antara SMK Labuan menentang SMK Mutiara.

Pasukan SMK Labuan dibarisi Marvin Hing Majin, Nigel Llaleta Goh, Kenny Alfred, Louis Ker Wei Zhun dan Richard Ian Tanakinjal.

Mereka diiringi dua guru pengiring iaitu Nasthashia Masiri @Masrih dan Norah Tan.

Pada pusingan awal, ketika menentang SMK Rancha-Rancha, SMK Labuan membawa tajuk ‘This house believes that it is possible to stop bullying in schools.’

Di separuh akhir, menerusi tajuk ‘This house believes that we should allow students to work part time’, SMK Labuan menewaskan SMK Lajau.

Manakala di pusingan akhir, peserta SMK Labuan membentang­kan tajuk ‘This house prefers a world with a common and only one language’.

Pertanding­an itu dianjurkan Jabatan Pendidikan Labuan dan dikelolaka­n SMK Lajau.

Ia bertujuan memperkena­lkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada pelajar sesuai dengan institusi persekolah­an sebagai pusat kecemerlan­gan.

Pertanding­an itu juga mahu melahirkan pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berhujah secara spontan.

Pertanding­an Bahas Bahasa Inggeris diadakan untuk melahirkan pelajar yang berkemahir­an mengutarak­an hujah yang bernas dan teratur.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah sangat gembira dengan kegigihan peserta dan dibantu oleh semua guru Bahasa Inggeris yang memberikan komitmen yang sangat tinggi.

Beliau menaruh harapan agar pasukan muda ini akan mendapat pendedahan di peringkat kebangsaan dan berusaha membuat yang terbaik untuk SMK Labuan dan Labuan.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ketua Unit Pusat Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Labuan Mohd Al Ghaffar Maidin.

Turut hadir, Ketua Unit Kokurikulu­m Subari Dwar dan Pengetua SMK Lajau Yusup Mohamad.

 ??  ?? PASUKAN SMK Labuan menjulang hadiah johan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Labuan 2017.
PASUKAN SMK Labuan menjulang hadiah johan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Labuan 2017.
 ??  ?? PEMBAHAS Terbaik dimenangi Nigel Llaleta Goh dari SMK Labuan menerima hadiah daripada Mohd Al Ghaffar sambil diperhati Yusup (2 kanan) dan Subari (kiri).
PEMBAHAS Terbaik dimenangi Nigel Llaleta Goh dari SMK Labuan menerima hadiah daripada Mohd Al Ghaffar sambil diperhati Yusup (2 kanan) dan Subari (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia