Utusan Borneo (Sabah)

32 ikuti kursus SPAQ anjuran Al Baghdadi Group

- Oleh HAMZAH BIN SANUDIN

TAWAU: Seramai 32 orang telah mengikuti kursus Sijil Asas Perguruan Al-Quran (SPAQ) anjuran Al Baghdadi Group melalui syarikat subsidarin­ya Akademi AlBaghdadi yang merupakan julung kali diadakan di daerah ini.

SPAQ juga akan diadakan di Sandakan pada Ogos 2017 dan di Kota Kinabalu Januari tahun depan.

Kursus ini menerapkan beberapa modul program iaitu asas ilmu tajwid, asas ulum quran, asas tarannum, asas qiraat, asas lughat al-Quran, rasm uthmani/dhabt quran dan pedagogi/ methodolog­i pengajaran al quran serta program tambahan talaqqi am 30 juzuk.

Kursus ini juga akan berjalan selama enam bulan iaitu dua semester dan kuliah akan diadakan pada hujung minggu sahaja.

Penyelaras Al Baghdadi Sabah Ustaz Azman Talib berkata kursus bertujuan melatih kemahiran alQuran kepada guru dan bakal guru al-Quran melalui program jangka pendek dan program persijilan agar dapat menguasai asas pembacaan dengan baik melalui modul dan teknik pembelajar­an yang kreatif.

“Akademi Al-Baghdadi sememangny­a sebuah organisasi pendidikan yang komited dalam melahirkan masyarakat yang celik alQuran dan matlamatny­a melalui akademi ini mampu melahirkan 1 rumah 1 guru al-Quran profesiona­l,” katanya. Menurutnya, kesungguha­nnya dalam bidang pendidikan al-Quran telah mendapat beberapa pengiktira­fan daripada pihak kerajaan antaranya, Malaysian Book of Records, The Large quranic learning centre 2013, The large quranic tahfiz centre 2014, The First quranic prenatal program 2015, the first quranic tahfiz module 2016 dan yang terbaru, dinobatkan sebagai pemenang emas kategori cap dagangan dan petunjuk geografi sempena Anugerah Harta Intelek Negara 2017.

Noraznah Parail, 40, yang merupakan pelajar SPAQ Tawau melahirkan rasa syukur kerana dengan usia sekarang mampu menghabisk­an tiga juzuk sehari melalui talaqqi dan merupakan satu sejarah dalam hidupnya.

Manakala, Nursia Daming pula berkata program itu sangat berguna kepada dirinya kerana pembacaan al-Quran nya lebih mantap dan bertambah cinta kepada al-Quran sehingga tidak mau berhenti membacanya.

 ??  ?? PELAJAR ambilan Julai 2017 Kursus Asas Perguruan al-Quran.
PELAJAR ambilan Julai 2017 Kursus Asas Perguruan al-Quran.
 ??  ?? PEMENANG emas kategori cap dagangan dan petunjuk geografi sempena Anugerah Harta Intelek Negara 2017.
PEMENANG emas kategori cap dagangan dan petunjuk geografi sempena Anugerah Harta Intelek Negara 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia