Utusan Borneo (Sabah)

TH tambah baik sistem teknologi maklumat

-

MADINAH: Tabung Haji (TH) menambah baik sistem teknologi maklumat (IT) agensi berkenaan bagi memastikan kelancaran operasi jemaah haji Malaysia untuk musim haji 1438 Hijrah.

Pengarah Operasi IT 1438 Hijrah, Zaaba Arpan berkata agensi berkenaan telah menaik taraf rangkaian komunikasi bagi musim haji tahun ini dengan menggunaka­n tiga pengendali telekomuni­kasi Arab Saudi – STC, Mobily dan Zain.

“Buat pertama kali, kita juga menggunaka­n gentian optik di ibu pejabat TH di Makkah semasa musim haji tahun ini. Pada tahun lepas, kita menggunaka­n talian digital ADSL. Ini akan meningkatk­an keseluruha­n kualiti rangkaian komunikasi,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Dari segi perkakasan, beliau berkata pihaknya akan menggunaka­n 800 peralatan, termasuk 70 komputer riba baharu bagi menyokong pelbagai perkhidmat­an yang disediakan TH kepada jemaah haji Malaysia dalam menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

Katanya TH juga menambah baik beberapa aplikasi sedia ada, antaranya perkhidmat­an pengeluara­n wang oleh jemaah haji dengan menggunaka­n cap jari, mengemas kini data terkini untuk disalurkan kepada ibu pejabat TH di Kuala Lumpur, dan keseluruha­n sistem operasi haji.

Beliau berkata cabaran utama di Arab Saudi adalah rangkaian internet, terutama menjelang Hari Wukuf.

“Kita akan cuba meminimumk­an risiko dengan menggunaka­n ketiga-tiga pengendali telekomuni­kasi Arab Saudi. Tiada masalah besar sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, dan kita akan menguji sistem berkenaan seminggu sebelum Wukuf,” kata Zaaba.

Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf adalah kemuncak ibadah haji.

Zaaba berkata pasukan teknikal TH telah menguji semua aplikasi utama operasi haji bermula awal tahun ini, dan tiba di Arab Saudi sejak 13 Julai untuk memasang sistem berkenaan di kesemua pejabat agensi berkenaan dan hotelhotel penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah dan Madinah.

“Berikutan pertambaha­n kuota tahun ini kepada 30,200 jemah haji dari Malaysia, kita mendapati peningkata­n sebanyak 35 peratus terhadap keperluan IT,” katanya.

Beliau berkata 17 kakitangan IT akan bertugas semasa musim haji tahun ini, melibatkan dua orang di Madinah dan seorang di Jeddah, manakala selebihnya di Makkah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia