Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat kasih sayang: Limus

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury mengajak rakyat supaya terus memupuk semangat kasih sayang dan menghargai golongan kurang bernasib baik, terutama pada musim-musim perayaan.

Katanya, sikap prihatin itu adalah seiringan dengan budaya masyarakat negeri ini yang sentiasa toleransi dan penuh dengan keprihatin­an.

“Inilah kelebihan dan kekuatan kita di negeri ini. Kuncinya adalah perpaduan dan kerjasama,” katanya pada Program Semarak Hari Raya Aidilfitri anjuran Biro Tata Negara (BTN) Sabah dan Hospital Daerah Kuala Penyu di sini pada Jumaat.

Pelbagai acara diadakan sejak awal pagi seperti gotongroyo­ng menyediaka­n bubur lambuk, dan kemudian disusuli dengan lawatan ke wadwad, untuk menyampaik­an juadah kepada para pesakit yang terpaksa berhari raya di hospital.

Limus berkata walaupun sudah berada di penghujung bulan Syawal, namun usaha mengadakan program itu harus diberi pujian dan sokongan.

Katanya, bukan sahaja ia menjadi penanda aras permuafaka­tan terbaik dan memuliakan bulan Syawal, tetapi lebih penting, ia menjurus ke arah pemupukan jalinan silaturahi­m sesama rakyat di daerah ini.

Beliau berkata program bertemakan `Aidilfitri Dirai, Keamanan Disyukuri’ itu merupakan usaha terbaik mendekati masyarakat setempat, khususnya warga hospital dalam suasana dan kemeriahan Aidilfitri.

Lebih penting, katanya, majlis Aidilfitri itu menjadi jambatan perpaduan dalam kalangan warga hospital keseluruha­nnya, yang sentiasa komited dan dedikasi menjalanka­n tugas serta kewajipan melayani karenah para pesakit yang berbagai latar belakang setiap hari tanpa rasa bosan dan putus asa.

“Saya rasa majlis sambutan Aidilfitri ini sungguh bermakna, untuk perpaduan rakyat berbilang kaum, demi kesatuan negara kita sepanjang peradaban.

“Dengan eratnya perpaduan, maka teguhlah tiang kesatuan. Bila tiang kesatuan bertambah kukuh, maka lancarlah agenda kemajuan yang dibawa oleh kerajaan. Bila ini berlaku, pastinya cerahlah masa hadapan kita,” katanya.

 ??  ?? LIMUS menyampaik­an bakul cenderahat­i kepada sebahagian kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
LIMUS menyampaik­an bakul cenderahat­i kepada sebahagian kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? LIMUS sedang beramah mesra dengan salah seorang pesakit sempena kunjungann­ya ke hospital terbabit.
LIMUS sedang beramah mesra dengan salah seorang pesakit sempena kunjungann­ya ke hospital terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia