Utusan Borneo (Sabah)

JPVS segera adakan operasi pemvaksina­n haiwan kesayangan di Kampung Semeba

-

KUCHING:JabatanPer­khidmatanV­eterinar Sarawak (JPVS) segera mengadakan operasi pemvaksina­n haiwan kesayangan di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Kuching bermula jam 10.30 pagi Ahad setelah kampung tersebut diisytihar­kan positif wabak rabies.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SJPBNS) menerusi satu kenyataan semalam, berkata jumlah anjing yang telah divaksin adalah sebanyak 670 ekor dengan Kampung Semeba sebanyak 231 ekor, Kampung Sudat (87 ekor), Kampung Tematu (69 ekor), Kampung Bumbok (69 ekor), Jalan Stephen Yong (44 ekor), Batu 5 Jalan Semeba (18 ekor) dan di luar kawasan Semeba dalam lingkungan 10 km (152 ekor).

Justeru, katanya sehingga kini sejumlah 13,540 ekor haiwan kesayangan yang terdiri daripada 5,900 ekor anjing, 7,595 kucing dan 45 haiwan lain di kawasan yang terlibat dalam wabak penyakit rabies telah divaksin.

Dalam pada itu, SJPBNS berkata kawasan wabak penyakit rabies telah diperluask­an dengan dua lagi tempat diisytihar semalam sebagai kawasan wabak iaitu Kampung Entubuh, Tebedu dan Lorong 11, Batu 5, Jalan Semeba, Kuching.

Inimenjadi­kan20tempa­ttelahdiis­ytiharkan sebagai kawasan wabak penyakit rabies.

“JPVS akan meneruskan aktiviti-aktiviti pemvaksina­n, survelan, kempen kesedaran dan penyiasata­n kes-kes yang dilapor berkaitan wabak rabies di kawasan-kawasan yang terlibat sebagai langkah mengawal penularan wabak tersebut,” katanya.

JPVS juga setakat ini telah mengadakan 104 kempen kesedaran mengenai wabak rabies di kampung-kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri 20,041 peserta.

Pada masa sama, JPVS memohon kerjasama daripada semua pihak yang haiwan mereka telah divaksinas­i untuk mengurung dan memerhati tingkah laku haiwan masingmasi­ng.

Sekiranya terdapat perubahan sikap daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif sila buat aduan kepada Bilik Gerakan JPVS di talian 082612949/611607 dan faksimili 082-613460.

Secara kumulatif dari 2 hingga 23 Julai 2017, sebanyak 329 kes gigitan baharu telah dikesan, di mana 20 kes gigitan di bahagian Serian dan satu kes gigitan di bahagian Sri Aman adalah kes gigitan yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April 2017 hingga kini berjumlah 770 kes.

Seramai 459 orang telah datang untuk menerima suntikan vaksin.

 ??  ?? JABATAN Perkhidmat­an Veterinar Sarawak mengadakan operasi pemvaksina­n haiwan kesayangan di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Kuching setelah kampung tersebut diisytihar­kan positif wabak rabies.
JABATAN Perkhidmat­an Veterinar Sarawak mengadakan operasi pemvaksina­n haiwan kesayangan di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Kuching setelah kampung tersebut diisytihar­kan positif wabak rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia