Utusan Borneo (Sabah)

Industri makanan mempunyai peluang, potensi amat besar

-

SARIKEI: Industri berasaskan makanan mempunyai peluang dan potensi amat besar maju ke hadapan jika diusaha dengan serius dan memanfaatk­an segalanya dengan bijak.

Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman berkata kelebihan dan kekayaan produk makanan peluang terbaik untuk dijadikan landasan industri makanan berkembang maju.

“Dalam memastikan matlamat ini tercapai, komitmen, kesungguha­n, kreativiti dan sedia menghadapi cabaran perlu ada pada individu untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang ini.

“Untuk berjaya dalam bidang ini, individu itu perlu ada minat dalam bidang diceburi itu dan perlu jujur,” katanya pada Majlis Penangguha­n ‘Sarikei Food Fest 2017’ di sini, pada Ahad.

Norah turut menyeru masyarakat memikirkan dan mencari idea paling sesuai dijadikan ikon makanan yang dapat mengangkat Sarikei selari dengan identitiny­a sebagai ‘Food Basket of Sarawak’.

“Hingga kini, Sarikei belum mempunyai identiti makanan tersendiri yang dapat dikaitkan dengan bahagian ini yang terkenal dengan buah nanas.

“Kita mengharapk­an pada masa depan Sarikei ada identiti makanan yang dapat dikenali ramai. Contohnya, Kota Samarahan sinonim dengan kek lapisnya.

“Justeru, kita mahu Sarikei juga ada identiti makanan popular diminati segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Norah berkata, usaha melonjak pendapatan usahawan kecil di bahagian ini terus dilaksanak­an oleh kerajaan melalui pelbagai program.

Katanya usahawan perlu memanfaatk­an peluang disediakan dengan sebaik-baiknya untuk menambah pendapatan.

“Malah, Sarikei mempunyai kelebihan tersendiri apabila menjadi pengeluar produk pertanian Sarawak.

“Justeru, kerajaan melakukan pelbagai inisiatif termasuk membina rangkaian infrastruk­tur ICT bagi memudahkan petani memasar dan meningkatk­an pengeluara­n produk mereka.

“Usaha ini selaras dengan usaha kerajaan memastikan produk bahagian ini dipasarkan di luar Sarawak,” katanya.

Program dimeriahka­n dengan pelbagai acara seperti promosi makanan dan masakan tradisiona­l, pertanding­an menyumpit, autoshow, larian kesihatan, pertanding­an memasak dan pertunjuka­n ‘busking’.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Wong Zee Yeng, Residen Bahagian Sarikei Mohd Junaidi Mohidin dan Pemangku Pegawai Daerah Sarikei Badjuri Bidin.

 ??  ?? NORAH menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an masakan mi berasaskan nanas.
NORAH menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an masakan mi berasaskan nanas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia