Utusan Borneo (Sabah)

Rabies: Orang awam boleh merujuk kepada Jawatankua­sa Bencana Negeri

-

SIBU: Orang awam boleh merujuk kepada Jawatankua­sa Bencana Negeri (JBN) jika ingin mengetahui perkembang­an terkini penyakit rabies di negeri ini.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ ee berkata orang awam dinasihati tidak mudah mempercaya­i hebahan berita palsu terutama di laman sosial.

“Sebenarnya laporan terkini mengenai rabies dikeluarka­n pada jam 5 petang setiap hari oleh Jawatankua­sa Bencana Negeri.

“Sumber selain itu tidak dapat dipercayai. Jadi, saya menasihati orang ramai agar dengar sumber yang dapat dipercayai, apa sahaja sumber laman sosial seperti Facebook, jangan terus percaya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Masjid An-Nur Sibu di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kesahihan laporan mengenai penularan wabak rabies di Sibu yang viral di laman sosial dan beberapa hari lalu.

Sumber itu mendakwa terdapat anjing di kawasan Jalan Oya Batu 6 hingga 8 dijangkiti rabies dan meminta orang ramai berjaga-jaga terutama penduduk di kawasan perumahan Desa Satria, Bumi Indah dan Jalan Bougenvill­a di sini.

Malah, sumber itu mendakwa terdapat individu tidak bertanggun­gjawab membuang bangkai anjing dalam sungai dan menasihati orang ramai supaya tidak membeli atau memakan ikan dari sungai untuk tempoh dua minggu.

Dr Annuar secara peribadi tidak mempercaya­i sumber itu kerana sehingga hari ini beliau tidak menerima laporan daripada manamana agensi berkaitan mengesahka­n sumber tersebut.

“Kalau bukan daripada Jawatankua­sa Bencana Negeri, secara peribadi saya tidak percaya..,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia