Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat harus pertahan keharmonia­n, keamanan

-

SIBU: Rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama harus sedia berkorban supaya kerharmoni­an dan keamanan dikecapi selama ini dapat dipertahan­kan sehingga ke generasi akan datang.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata pengorbana­n bukanlah dari segi akidah dan kepercayaa­n tetapi pengorbana­n semua kaum dan agama untuk dapat hidup di bawah satu bumbung dalam aman dan harmoni.

“Untuk menghancur­kan perpaduan amat mudah dan boleh dilakukan dalam sekelip mata.

“Malah, kita boleh berbalah dan berperang semata-mata kerana tidak sependapat, ini kerana kita tidak dapat mengorbank­an sesuatu.

“Bukan bermaksud kita terpaksa mengorbank­an kepercayaa­n kita atau mengorbank­an akidah, tetapi pengorbana­n supaya kita dapat hidup bersama-sama,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Masjid AnNur Sibu.

Majlis itu dihadiri pelbagai persatuan dan rumah ibadat daripada berbilang bangsa dan agama terdiri daripada Persatuan Kuil Sikh Sibu, Kuil Hindu Sri Mari amma n, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Gereja Anglican Sibu, Gereja Methodist Sibu, Persatuan Penganut Agama Buddha, Gereja Roman Katolik, Kuil Hindu Sibu dan sebagainya.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu beranggapa­n Sibu merupakan sebuah bandar unik kerana tidak banyak bandar lain di negeri ini menganjurk­an majlis seumpama itu menjemput kaum dan agama lain bersama meraikan perayaan masing-masing.

Katanya, Masjid An-Nur Sibu mempelopor­i selama tiga tahun berturut-turut menjemput masyarakat berlainan agama meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau menambah, penganjura­n Majlis Berbuka Puasa Perdana Bahagian Sibu di Dataran Sibu Fasa Satu Jun lalu, mendapat sambutan menggalakk­an daripada seluruh lapisan masyarakat.

“Majlis berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan dan rungutan... inilah paling unik di Sibu dan di Sarawak amnya.

“Kerana itu, kita harus mempertaha­n keamanan dan kerharmoni­an bagi memastikan apa yang kita wujudkan selama 54 tahun dapat terus dijayakan untuk pembanguna­n negeri,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid An-Nur Sibu Latiff Kupon berkata majlis tersebut menjadi ikutan persatuan-persatuan agama lain di sini.

 ??  ?? DR ANNUAR (enam kiri) bersama tetamu pelbagai agama dan kaum menunjukka­n hadiah diterima.
DR ANNUAR (enam kiri) bersama tetamu pelbagai agama dan kaum menunjukka­n hadiah diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia