Utusan Borneo (Sabah)

Sabah azam terus menang

Berdepan JDT II di Stadium Likas malam ini

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah berazam meneruskan kempen kemenangan menentang Johor Darul Takzim II (JDT II) dalam aksi Liga Perdana 2017 di Stadium Likas menerusi aksi bermula 8.15 malam ini.

Pasukan senior negeri ini menyambung rehat Ramadan dengan kemenangan 1-0 menewaskan UiTM FC ditempat lawan, sebelum mencatat kemenangan kedua berturut-turut menundukka­n MISC-MIFA menerusi keputusan 2-1 pada Jumaat di sini.

Ketua jurulatih Jelius Ating berharap anak-anak buahnya dapat meneruskan momentum kemenangan untuk menjarakka­n kedudukan Sabah dari Zon Penyingkir­an ke Liga Divisyen III Kebangsaan musim hadapan.

“Harapan saya memang dua perlawanan dihadapan penyokong sendiri ini kita akan pastikan (untuk) mendapat (tiga) mata penuh, itu harapan saya.

“Jadi, sebelum kita rehat (untuk) perlawanan ditempat lawan, kita ambil peluang dua perlawanan ini (termasuk melawanMIS­C-MIFA),untuk mencapai kemenangan.

“Tapi walau macam manapun, ini bukan satu perkara yang mudah kerana kita tahu JDT II adalah satu pasukan yang bagus juga, jadi kita perlu (ber)kerja keras untuk mendapat tiga mata penuh,” jelas beliau ditemui pada Isnin.

“Dengan dua kemenangan ditempat sendiri, dan kemenangan ketiga berturut-turut, ini sudah pasti menaikkan moral para pemain untuk kita melakukan persediaan terbaik untuk perlawanan di tempat lawan (menentang Angkatan Tentera Malaysia pada 4 Ogos), sebelum liga berehat.

“Kita akan berjuang berhabis-habisan,” tegas Jelius.

“Saya harap semua pemain juga dapat mengekalka­n prestasi baik walaupun dalam permainan sebelum ini jelas kelihatan aksi separuh masa pertama bagus tetapi permainan agak longgar dalam separuh masa kedua.

“Saya harap dalam perlawanan ini kita dapat perbaiki kelemahan itu. Jadi, kita pastikan bermain baik dan memenangi perlawanan ini,” tambah beliau.

Menurut Jelius, berkemungk­inan ada sedikit rombakan dalam kesebelasa­n utama yang akan diturunkan beliau malam ini.

Pertahanan kanan Alto Linus dan penyerang Rahman Shah Marajeh akan direhatkan kerana kecederaan, tetapi Maxius Musa boleh beraksi untuk menggantik­an sama ada Ummareng Bacok atau Leopold Alfonso.

Alto akan diganti oleh Randy Baruh atau Ah Chai (Jenius Karib) dan lain-lain posisi dijangka tidak akan mengalami perubahan.

Pemain Korea Selatan, Heo Jaenyeong juga tidak dapat diturunkan untuk kali ketiga berturut-turut kerana masalah kecederaan.

Pemain lain yang akan diturunkan ialah penjaga gol Rozaimie Rohim, Rawilson Batuil, Francis Kasonde, Dendy Lowa, Mohd Azzizan Nordin, Sabri Sahar, Lee Gil Hoon dan Rodoljub Paunovic.

Dengan berbaki lima perlawanan, Sabah ketika ini berada pada kedudukan kelapan dari jumlah 12 pasukan dengan mengumpul 20 mata.

Manakala JDT II berada pada kedudukan kelima dengan 30 mata.

Sabah di bawah bekas ketua jurulatih dari Perancis; Steve Vilmiaire tewas 0-1 pada JDT II semasa perlawanan pusingan pertama.

Dengan dua kemenangan di tempat sendiri, dan kemenangan ketiga berturut-turut, ini sudah pasti menaikkan moral para pemain untuk kita melakukan persediaan terbaik untuk perlawanan di tempat lawan (menentang Angkatan Tentera Malaysia pada 4 Ogos), sebelum liga berehat. Kita akan berjuang berhabis-habisan. JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia