Utusan Borneo (Sabah)

MSSM kutip 22 emas di Kejohanan Sekolah Asean

-

PUTRAJAYA: Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) mengutip 22 pingat emas, 16 perak dan 34 gangsa di Kejohanan Sekolah Asean Ke-9 (9th ASG) di Singapura dari 13 hingga 21 Julai lepas.

Kementeria­n Pendidikan berkata dengan kutipan pingat itu, kontinjen MSSM menduduki tempat keempat keseluruha­n.

“Pencapaian kali ini jauh lebih baik daripada pencapaian pada kejohanan di Chiangmai, Thailand tahun lepas yang hanya membawa pulang enam pingat emas, 16 perak dan 22 gangsa.

“Secara keseluruha­n, pasukan badminton dan gimrama merupakan penyumbang pingat emas terbanyak,” kata Kementeria­n Pendidikan dalam satu kenyataan pada Isnin.

Atlet gimrama negara yang bakal beraksi dalam Sukan Sea 2017, Izzah Amzan turut memenangi empat pingat emas bagi acara berpasukan, belantan, riben dan individu keseluruha­n di samping membantu pasukan gimrama MSSM membolot kesemua enam pingat emas yang ditawarkan.

Menurut Kementeria­n Pendidikan, selain Izzah seorang lagi atlet gimrama Rayna Hoh Khai Ling membawa pulang tiga pingat emas dalam acara berpasukan, gelung dan bola.

Dalam sukan badminton, Ng Eng Cheong muncul peserta terbaik lelaki MSSM apabila merangkul tiga pingat emas dalam acara berpasukan, beregu lelaki dan beregu campuran, manakala Toh Ee Wei memenangi tiga pingat emas dalam acara berpasukan, beregu wanita dan beregu campuran.

Sementara itu Goh Jin Wei yang juga pemain nombor 26 dunia tidak mengecewak­an kontinjen MSSM dengan menyumbang­kan dua pingat emas dalam acara perseorang­an perempuan dan berpasukan.

Lain-lain pingat emas diperoleh dalam acara boling (empat), balapan dan padang (dua), renang (dua) dan ping pong (dua). - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia